Tidak lengkap sesuatu percutian itu tanpa penginapan yang selesa. Kadangkala tidak perlu mahal pun asalkan selesa sudah memadai.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Ainul CheNoi telah berkongsi keadaan di Lexis Hibiscus Port Dickson dimana ada pengunjung yang melanggar peraturan hotel. Mana tidaknya, ada pengunjung yang bawa periuk nasi, joran dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan itu, Lexis Hibiscus Port Dickson kini sudha ketatkan lagi peraturan di mana para pengunjung yang tiba haruslah mengisi borang isikan nama mereka yang menginap dalam satu bilik.

Difahamkan, satu bilik hanya boleh memuatkan 7 orang dewasa sahaja dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tiada had. Akan tetapi, 3 daripada 7 orang dewasa akan dikenakan caj kerana melebihi had yang ditetapkan. Malah, ketika check in, spot check akan dijalankan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengatakan sudah seharusnya pengunjung lebih common senses untuk menginap di hotel dan memilih homestay jika mahu memasak dan memiliki keluarga yang ramai.

Screenshot 2020-09-22 at 10.23.25 AM

Screenshot 2020-09-22 at 10.23.52 AM

Screenshot 2020-09-22 at 10.24.26 AM

Malah, para netizen juga mengatakan apabila pengunjung memasak dalam bilik, bau makanna akan melekat dalam bilik dan menyusahkan pihak hotel untuk membersihkan bilik. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini?

Sementara itu, buat anda yang tidak pernah menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson, kami kongsikan kenapa anda perlu cuba menginap di sana. Klik sahaja pautan di bawah ini.

4 Sebab Utama Anda Tidak Akan Menyesal Menginap Di Lexis Hibiscus Port Diskson

Bayar RM700 Tetapi Rumah Kotor, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Penginapan Airbnb Dari ‘Neraka’

Puntung Rokok Bersepah Dan Tilam Bernajis, Hos Homestay Luah Kekecewaan Terima Pelanggan Dari ‘Neraka’