Disaat orang ramai khususnya golongan muda semakin cakna mengenai kepentingan ilmu hartanah serta bercita-cita untuk mempunyai rumah sendiri, statistik bank negara menunjukkan peratusan pinjaman rumah yang diluluskan didapati semakin turun tahun ke tahun.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, peratusan pinjaman perumahan yang diluluskan setakat tahun ini adalah sekitar 41 hingga 42% sahaja.

Jumlah yang ditunjukkan ini juga nampaknya jauh berbeza jika dibandingkan sewaktu krisis ekonomi yang melanda pada tahun 2008 dimana peratusan pinjaman yang diluluskan adalah sekitar 57%. Berikut merupakan carta pinjaman perumahan yang diluluskan sejak dari tahun 2006.

Sumber: TheStar

Dari segi harga rumah, ramai yang sedia maklum harga rumah kini jauh lebih tinggi berbanding sedekad lalu malah terdapat hartanah yang sudahpun meningkat sekali ganda sejak 10 tahun terakhir ini.

Mengulas mengenai trend pembeli rumah pula, 71% daripada pembeli rumah merupakan pembeli rumah pertama dimana 49% daripadanya mendapatkan pinjaman rumah dibawah RM250,000 manakala 22% lagi mendapatkan rumah dalam jurang RM250,000 sehingga RM500,000. Sekali lagi membutikan rumah mampu milik dibawah RM250,000 lebih mudah terjual berbanding rumah dengan harga mencecah separuh juta.

20151114_141918_1
Sumber: EdgeProp.my

Melihat kepada jumlah peratusan pinjaman yang semakin menurun mungkin pelbagai tanda tanya yang bakal muncul. Adakah bank negara semakin berhati-hati untuk memberikan pinjaman perumahan untuk mengelakkan daripada risiko pinjaman tidak dibayar atau harga rumah yang kian meningkat antara yang menjadi punca?

Pada pendapat anda, apakah yang membuatkan pinjaman perumahan semakin menurun?

Baca lagi: Apa Sebenarnya Yang Berlaku Mengenai Isu Pemilikan Rumah Di Malaysia

Sumber