Sebagai salah satu cara untuk mengelakkan penularan virus COVID-19 di Thailand, sambutan perayaan Songkran di beberapa wilayah Thailand akan dibatalkan.

Menurut laporan Bangkok Post, pengurus sambutan Songkran di Khon Kaen, Bang Saen dan Pattaya telah mengumumkan tiada sambutan skala besar akan dijalankan di lokasi ini seperti tahun lalu. Namun, acara keagamaan untuk warga tempatan akan berlangsung seperti biasa.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Koh Phangan di Surat Thani juga akan menunda sementara full-moon party di pulau berkenaan atas alasan yang sama. Parti di pulau berkenaan akan dianjurkan kembali hanya sekiranya keadaan kembali seperti biasa.

Antara bandar besar yang menjadi tumpuan setiap kali perakaan Songkran, Pattaya telah membuat keputusan untuk membatalkan perayaan berkenaan yang dijadulkan pada 18-19 April 2020. Pattaya merupakan antara bandar yang menjadi tumpuan penduduk dari Malaysia setiap kali musim perayaan Songkran.

“Kami minta kerjasama antara penduduk tempatan dan pelancong untuk tidak menyimbah atau menembak air kepada orang ramai bagi mengekang penularan virus ini,” kata Datuk Bandar Pattaya, Mayor Sonthaya Khunpluem.

Jika anda merancang untuk ke festival Songkran bulan hadapan, anda mungkin perlu menundanya ke tahun hadapan. Perayaan Songkran di Bangkok seperti di Khaosan Road berkemungkinan turut akan dibatalkan sekiranya kes COVID-19 meningkat di Thailand.

Sambutan Songkran tahun lalu di Khaosan Road turut dibatalkan kerana bertembung dengan persiapan majlis pertabalan raja baharu Thailand. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Tiada Penganjuran Festival Songkran Di Khaosan Road Tahun Ini

Thailand Larang Penggunaan Beg Plastik Di Pusat Beli-Belah Utama Mulai Hari Ini

Kartel Ketum Malaysia Untung Besar Di Thailand

Anda Mungkin Suka