Nampaknya pihak imigresen sedikit sebanyak sudah memudahkan proses untuk memperbaharui pasport anda. Kini anda boleh memohon untuk memperbaharui passport anda secara atas talian. Tiada lagi membazir masa dengan menunggu nombor anda dipanggil di kaunter imigresen.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Sistem MyOnline Passport ini dijangka sudah boleh beroperasi hari ini (1 September 2016). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata empat negeri iaitu Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Putrajaya dan dua UTC (Pudu Sentral dan [email protected] Johor) dipilih menjadi perintis. Ianya akan diperluaskan ke seluruh negara jika proses tersebut berjalan lancar.

“Pemohon kini boleh memperbaharui pasport mereka secara atas talian di mana-mana sahaja termasuk melalui telefon pintar pada bila-bila masa. Pemohon hanya perlu memberitahu ingin mengambil passport itu di mana. Sebagai contoh anda di Johor dan ingin mengambilnya di Pejabat Imigresen Pulau Pinang,” kata Mustafar.

Sistem MyOnline Passport ini bakal memberi anda pilihan untuk memperbaharui passport anda secara online dengan anda mengisi butiran yang diminta dan membuat bayaran melalui kad debit atau kad kredit anda.

pscreen

Setakat ini kami sudah cuba akses sistem ini dan ianya berfungsi dengan baik. Jika anda mahu renew passport anda, boleh klik di sini. Dinasihatkan anda renew pasport anda awal kerana kemungkinan pasport anda akan mengambil masa beberapa hari untuk siap. Janganlah esok nak travel, hari ini baru nak apply. Jawapannya tidak dapat terbanglah anda nanti.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group