Peningkatan kelajuan internet saban tahun sedikit sebanyak turut mendorong orang ramai untuk menggunakan servis cloud storage.

Bukan sahaja ianya memudahkan anda memindahkan fail dengan mudah melalui peranti anda, malah cloud storage juga dilihat lebih portable berbanding penggunaan external hardisk.

pexels-photo
HYPE
3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik
Baca lagi →

Servis cloud storage manakah yang menjadi kegemaran anda? Adakah Google Drive, Dropbox atau iCloud? Sebenarnya setiap servis cloud boleh dikatakan mempunyai kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan penawaran storan dan harganya.

Untuk membuat pembandingan ini lebih adil, kami membandingkan 5 harga yang ditawarkan servis cloud yang berbeza ini bagi ruang storan sebanyak 1 TB. Berikut merupakan perbandingan kami mengenai 5 servis cloud storage yang popular dan termurah anda boleh dapatkan.

1. Amazon Drive

Mungkin servis Amazon Drive kurang popular di negara Malaysia namun Amazon Drive antara platform yang menyediakan servis cloud storage termurah yang anda boleh dapatkan. Dengan harga $60 (~RM256.11) setahun, anda berpeluang untuk mendapat akses penyimpanan fail secara unlimited.

Nampaknya kehadiran pesaing dan penambahan pelanggan telah mendesak Amazon untuk menhentikan servis ini buat pelanggan baru dan memperkenalkan harga baru dimana harga $60 seperti yang ditawarkan sebelum ini cuma layak mendapatkan akses cloud bagi 1 TB sahaja.

2. Google Drive

Google Drive dan Dropbox mungkin antara servis yang paling banyak menjadi pilihan pengguna Android. User interface yang kemas dan mobile friendly antara yang ditawarkan.

Walaubagaimanapun, dari segi harga Google Drive bukanlah antara yang menawarkan servis harga terendah. $99.99 (~RM426.80) merupakan harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan akses 1 TB storan selama setahun.

3. Dropbox

Harga penawaran bagi Dropbox pula dilihat tidak jauh berbeza berbanding Google Drive dengan penawaran 1 TB storan dengan harga $99 (~422.58).

Setakat ini, Dropbox antara yang menjadi pilihan utama kami sekiranya terdapat fail yang ingin dipindahkan daripada smartphone ke dekstop dalam masa yang singkat.

4. Microsoft OneDrive

Microsoft mengambil inisiatif yang sedikit berbeza dalam penawaran servis cloud keluaran mereka. Bukan sahaja menawarkan servis penyimpanan, malah setiap langganan sebanyak 1 TB setahun membolehkan pengguna mendapatkan Microsoft Office 365 mengandungi Microsoft Word dan sebagainya secara percuma.

Servis cloud Microsoft OneDrive bagi storan 1 TB mula ditawarkan dengan harga $69.99 (~RM298.75) beserta Office 365. Sangat sesuai buat mereka yang mahu menggunakan Microsof Office 365 secara original.

5. iCloud

iCloud daripada Apple ini pula menampilkan servis yang lebih diintegrasikan buat pengguna produk Apple membolehkan anda memindah fail iPhone ke iPad dengan sangat mudah dan pantas.

Melalui pengumuman terbaru daripada Apple, syarikat ini kini menawarkan 2 TB servis cloud dengan harga $120 (~RM512.21) setahun. Dalam erti kata lain, tiada lagi penawaran servis bagi 1 TB.

Servis manakah yang terbaik?

Berdasarkan perbandingan 5 servis yang dinyatakan, jelas Amazon Cloud dan iCloud masih lagi paling menjimatkan jika harga antara yang menjadi objektif utama.

Bagi kategori percuma pula, Google Drive antara yang terbaik anda boleh gunakan dengan had penyimpanan data sehingga 15 GB. Untuk pengguna Google Pixel, Google turut memberikan akses menyimpan gambar secara unlimited melalui Google Photos.

Buat para pengguna yang sudah terbiasa dengan servis cloud, platform cloud manakah yang menjadi pilihan utama? Adakah jenis smartphone memain peranan dalam penyimpanan fail di dalam servis cloud anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Anda Mungkin Suka