Sekiranya anda seorang gamer atau mengikuti perkembangan berita teknologi konsol, pastinya anda mengetahui betapa Microsoft membuatkan ‘project scorpio’ sebagai sesuatu yang hype serta dinanti ramai.

Ternyata segala spesifikasi tertiris sebelum ini berjaya ditawarkan Microsoft dengan sempurna. Kedua-dua konsol yang dilancarkan atas sebab memberi konten paparan 4K ini ternyata mempunyai kelebihan masing-masing. Berikut merupakan antara yang sempat kami bandingkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kelebihan Xbox One X

Pelancaran Xbox One X menjadikan konsol ini sebagai konsol paling slim pernah dilancarkan Microsoft

Dari segi spesifikasi, jelas dapat dilihat Xbox One X lebih berkuasa berbanding pencabar terdekat mereka PS4 Pro. Xbox One X disertai dengan AMD Scorpio 6.0 Teraflops serta dibantu dengan 12 GB RAM DDR5.

Kemampuan untuk bermain True4K atau 4K Bluray antara yang membuatkan Xbox One X lebih hebat berbanding PS4 Pro. Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada pengeluar game untuk menyediakan konten paparan yang dinamik ini.

Kebolehan untuk bermain game Xbox generasi pertama juga antara fungsi yang gagal ditawarkan PS4.

Kelebihan PS4 Pro

PS4 Pro yang dilancarkan lebih awal lebih menarik perhatian orang ramai melalui game Sony exclusive serta penawaran game dalam definisi 4K seperti Uncharted, Horizon Zero Dawn atau dalam erti kata lain penawaran game yang ditawarkan jelas lebih banyak berbanding Xbox One X setakat ini.

Pemilihan game yang ingin dimainkan juga antara aspek yang perlu pertimbangkan sebelum mendapatkan mana-mana konsol ini.

Tidak dilupakan juga komuniti pengguna PS4 Malaysia yang jauh lebih ramai berbanding pengguna Xbox One yang secara tidak langsung bakal memudahkan anda membeli, menjual atau menukar game sedia ada.

Harga

Dari segi harga, PS4 Pro ketika ini ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding Xbox One X. Anda boleh dapatkannya dengan harga promosi di sini.

Xbox One X yang tampil sebagai konsol yang baru serta spesifikasi yang lebih mantap ternyata turut hadir dengan tanda harga yang sedikit mahal. Microsoft mengumumkan Xbox One X bakal dijual dengan harga $499 (~RM2128.26). Harga yang diumumkan mungkin sedikit tinggi apabila tiba di Malaysia.

Konsol manakah yang menjadi pilihan anda? Adakah anda #TeamSony atau #TeamMicrosoft. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.