Seringkali iPhone 7 dibandingkan dengan kualiti kamera dari jenama telefon pintar yang lain. Tetapi bagaimana pula performance iPhone 7 jika dibandingkan dengan kualiti gambar yang dihasilkan King of Android terbaru daripada Google?

Apple iPhone 7 dilengkapi dengan kamera 12 megapixel dan f/1.8 aperture manakala Google Pixel menggunakan kamera 12.3 megapixel dengan f/2.0 aperture.

Untuk mendapatkan keputusan model manakah yang merupakan ‘King of camera phone’, Highsnobiety telah membuat camera test untuk mendapatkan keputusan. Berikut merupakan hasilnya:

iPhone 7 (Kiri) & Google Pixel (Kanan) Low light iPhone 7 (Kiri) & Google Pixel (Kanan) HDR iPhone 7 (Kiri) & Google Pixel (Kanan) Penggunaan Flash iPhone 7 (Kiri) & Google Pixel (Kanan) Kamera Depan iPhone 7 (Kiri) & Google Pixel (Kanan) Depth of field iPhone 7 (Kiri) & Google Pixel (Kanan)

‘King of camera phone’ pilihan anda?

Secara umumnya, kedua-dua telefon berjaya untuk menghasilkan imej yang sangat baik untuk apa jua keadaan. Sebarang perbezaan adalah sangat kecil dan tidak terlalu ketara apatah lagi untuk dimuat naik ke Instagram.

Google Pixel berjaya untuk mendapatkan imej yang jelas dan sharp berbanding iPhone 7. Tidak dilupakan juga performance Google Pixel yang beraksi lebih baik ketika menggunakan flash. iPhone jelas mempunyai kelebihan dari untuk imej yang diambil ketika low light.

Berdasarkan review awal daripada Highsnobiety, boleh dikatakan kedua-dua telefon jelas mempunyai kelebihan. Masing-masing masih mempunyai ruang untuk improve berdasarkan kemaskini daripada kedua-dua syarikat.

Jika anda peminat Android, Google Pixel adalah yang terbaik buat anda dan begitu juga buat Apple, iPhone terbaru sememangnya pilihan yang baik. Software experience dan kesesuaian pengguna adalah lebih penting berbanding perbezaan yang sangat sedikit untuk kedua-dua telefon ini.