Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pelajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur berkongsikan keputusan cemerlang peperiksaan Tasawwur Islam yang diambilnya baru-baru ini.

Perkongsian gadis tersebut yang dikenali sebagai M Darshini mendapat markah 94 daripada 100 untuk subjek itu di Twitter telah menarik perhatian netizen termasuk Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi satu temu bual yang diadakan bersama Harian Metro, Darshini bagaimanapun mendedahkan perkara itu bukanlah kali pertama berlaku beliau sentiasa mencatatkan keputusan A+ dan A- untuk setiap ujian yang diambilnya sebelum ini.

Darshini juga dalam laporan itu menjelaskan beliau menjadi satu-satunya calon bukan Islam yang mengambil mata pelajaran tersebut kerana bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas menamatkan zaman persekolahannya.

“Saya bercadang menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan kebetulan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang paling hampir dengan rumah.

“Memandangkan saya bercadang memohon menyambung pengajian di situ, saya pilih Tasawwur Islam sebagai subjek elektif dengan harapan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bukan saja menjadi satu-satunya calon bukan Islam yang mengambil subjek tersebut malah Darshini juga menjelaskan dia tidak memasuki mana-mana kelas untuk mempelajari subjek tersebut.

Perkara itu difahamkan kerana tiada kelas diadakan untuk pelajar yang mengambil Tasawwur Islam sebagai subjek elektif kerana pertembungan jadual harian.

Halangan tersebut bagaimanapun menurutnya tidak menjadi halangan apabila mengekalkan gred A dalam setiap ujian dan peperiksaan dengan markah keseluruhan paling tinggi adalah 90.

Kisahnya yang berjaya mendapat keputusan cemerlang itu bukan saja berjaya mengagumkan netizen tetapi turut membolehkannya mendapat jemputan untuk berjumpa dengan menteri agama.

Dalam satu ciapan yang dibuat tengah hari tadi, Dr Zulkifli dilihat membuat ciapan yang beliau akan berjumpa dengan Darshini dalam masa terdekat ini.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui apakah masalah sekolah tumpang dan apa yang dilakukan kerajaan untuk mengatasinya di pautan di bawah. 

KPM Tumpu Selesaikan Isu ‘Sekolah Tumpang’ Di Sabah Untuk Keselesaan Murid

Demi Penjarakan Sosial, Guru ‘Bertukang’ Sendiri Hasilkan 80 Meja Kayu Untuk Murid Sekolah

Tidak Mahu ‘Ponteng’ Sekolah, Pelajar Malaysia Terpaksa Tinggal Seorang Diri Di Singapura