Dengan bilangan kes positif COVID-19 masih dicatatkan di negara kita, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak itu.

Selain menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat dalam negara, mereka juga turut mengambil langkah untuk mengkuarantin warga tempatan yang baru pulang dari luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ditanggung kerajaan

Bagaimanapun, langkah kerajaan untuk mengkuarantin mereka di beberapa fasiliti termasuk hotel-hotel di sekitar ibu kota dilihat netizen kurang bersesusaian dan tidak adil jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan terhadap golongan gelandangan (homeless) sebelum ini.

Untuk perbandingan, ratusan gelandangan sebelum ini ditempatkan di dewan komuniti dan serba guna sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKP ini dengan mereka terpaksa tidur secara beramai-ramai di dalam sebuah dewan yang besar dengan jarak yang minimum antara satu sama lain.

https://twitter.com/anakmudanegara/status/1247316202365435905?s=20

Cetus pertikaian netizen

Perbezaan antara dua darjat itu semestinya tidak diambil mudah oleh rakyat Malaysia yang berpendapat golongan gelandangan ini juga sepatutnya mendapat layanan yang sama dengan mereka yang baru pulang dari luar negara.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan membiaya penginapan kamu (yang secara jelasnya dibayar menggunakan duit pembayar cukai) sedangkan gelandangan pua ditolak ke suatu tempat yang hanya berbekalkan tilam nipis.

“Kenapa orang kaya layak untuk mendapat layanan yang berbeza dengan mereka yang miskin?” persoal seorang netizen di Twitter.

https://twitter.com/zhukl/status/1247150444842897411?s=20

https://twitter.com/naimahmohd/status/1247187528890736647?s=20

Jika melihat kepada ciapan dan perkongsian gambar yang telah dikirimkan oleh netizen ini, adakah anda rasa patut terdapat perbezaan antara dua kumpulan yang dikuarantin ini?

Atau sebagai rakyat Malaysia yang sama-sama berhadapan dengan cabaran ini mereka sepatutnya diberikan layanan yang sama agar kita sama sama dapat membendung penularan wabak COVID-19 ini?

Baca perkongsian lain kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 di sini. Klik pautan di bawah di untuk membaca. 

Netizen Dedah Kisah Sebenar ‘Jemaah Tabligh’ Meninggal Dunia Dalam Kereta Api Di Thailand

Harimau Malaya Yang Bernama ‘Nadia’ Diuji Positif COVID-19 Di New York

WHO Pilih Malaysia Untuk ‘Menguji’ Ubat Bagi Rawatan COVID-19