Dengan bilangan kes positif COVID-19 masih dicatatkan di negara kita, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak itu.
Selain menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat dalam negara, mereka juga turut mengambil langkah untuk mengkuarantin warga tempatan yang baru pulang dari luar negara.
Lengkap seperti menginap di hotel. pic.twitter.com/tVnXOGnQcM
— Pemburu Tiket Murah (@pmbrutiketmurah) April 3, 2020
Dari New Zealand pesawat 5 April harini, pulang ke Malaysia di musim COVID-19, ditempatkan di pusat kuarantin, selama 14 hari yang terletak di Hilton Hotel, PJ.
Nak lihat keadaan tempat ini?#malaysiacovid19 #NewZealand #MovementControlOrder #COVID19
Quarantine thread pic.twitter.com/H1fN0HCemd— β theflychic (@AisyRumaisha) April 5, 2020
Ditanggung kerajaan
Bagaimanapun, langkah kerajaan untuk mengkuarantin mereka di beberapa fasiliti termasuk hotel-hotel di sekitar ibu kota dilihat netizen kurang bersesusaian dan tidak adil jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan terhadap golongan gelandangan (homeless) sebelum ini.
Itβs fully paid by the gov including foods and wifi. Yet foods menu from Hilton still provided in case we want to order something extra. And yes, not allowed to leave the room at all. There's a police presence here 24/7 so you can't obviously just run off.
— β theflychic (@AisyRumaisha) April 6, 2020
Untuk perbandingan, ratusan gelandangan sebelum ini ditempatkan di dewan komuniti dan serba guna sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKP ini dengan mereka terpaksa tidur secara beramai-ramai di dalam sebuah dewan yang besar dengan jarak yang minimum antara satu sama lain.
ANTARA DUA DARJAT
Gambar di kiri adalah bantuan kerajaan untuk gelandangan di Kuala Lumpur dan gambar di kanan Hotel Hilton yang di sediakan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk di kuarantin selama 14 hari pic.twitter.com/0hd5EzsUUR— #ANAKMUDA (@anakmudanegara) April 7, 2020
Hati saya tak kuat melihat keadaan begini…terima kaseh kpd yg membantu.Kita sediakan makan 6 kali sehari,tp selimut,cadar,kain solat,baju,kurang sempurna.Kebersihan&sanitasi perlu di pertingkatkan.Urusan daftar utk pelbagai bantuan yg mereka layak..bantu buat ic yg hilang dll pic.twitter.com/or4QcJf1nt
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) April 5, 2020
Cetus pertikaian netizen
Perbezaan antara dua darjat itu semestinya tidak diambil mudah oleh rakyat Malaysia yang berpendapat golongan gelandangan ini juga sepatutnya mendapat layanan yang sama dengan mereka yang baru pulang dari luar negara.
“Saya tidak faham kenapa kerajaan membiaya penginapan kamu (yang secara jelasnya dibayar menggunakan duit pembayar cukai) sedangkan gelandangan pua ditolak ke suatu tempat yang hanya berbekalkan tilam nipis.
“Kenapa orang kaya layak untuk mendapat layanan yang berbeza dengan mereka yang miskin?” persoal seorang netizen di Twitter.
I don't get why the govt is paying for your stay (funded by tax payers obviously) when homeless people are being shoved somewhere w a thin mattress. Why do rich people deserve better treatment than poor people?
— zhukl π³οΈβπ (@zhukl) April 6, 2020
Hopefully Hilton yg sponsor. If fully funded by gov, everyone will soooooooo disappointed. π https://t.co/o6mdA9L0Vq
— __naimah_m (@naimahmohd) April 6, 2020
Actually PJ Hilton tu biasa je, tak hebat mana pun, isunya ialah bagaimana wang kerajaan digunakan dengan sebaik mungkin ketika waktu terdesak ni.
Kenapa perlu bazirkan jika kita dapat bantu orang yg lebih susah.
— Izwan #StayAtHome (@izwanshahmin) April 6, 2020
Rasa macam tak adil kan? Petugas KKM berpanas pakai PPE, taruh nyawa everyday kerja rawat org, tidur tak cukup, makan tak sempat. Mai pulak org dari luar negara balik malaysia komplen tempat kuarintin mcm penjara, dpt duduk hilton siap makan. Bila lah dunia ni nak adil.
— Bruno Pittnandes (@pittssuda) April 6, 2020
Jika melihat kepada ciapan dan perkongsian gambar yang telah dikirimkan oleh netizen ini, adakah anda rasa patut terdapat perbezaan antara dua kumpulan yang dikuarantin ini?
Atau sebagai rakyat Malaysia yang sama-sama berhadapan dengan cabaran ini mereka sepatutnya diberikan layanan yang sama agar kita sama sama dapat membendung penularan wabak COVID-19 ini?
Baca perkongsian lain kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 di sini. Klik pautan di bawah di untuk membaca.Β
Netizen Dedah Kisah Sebenar ‘Jemaah Tabligh’ Meninggal Dunia Dalam Kereta Api Di Thailand
Harimau Malaya Yang Bernama ‘Nadia’ Diuji Positif COVID-19 Di New York
WHO Pilih Malaysia Untuk ‘Menguji’ Ubat Bagi Rawatan COVID-19