Majlis Keselamatan Negara (MKN), telah mengeluarkan kenyataan bahawa setiap individu yang tiba dari Negeri Sabah bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020 perlu menjalani prosedur kuarantin di rumah.

Berdasarkan penerangan MKN, setiap individu yang pulang dari Sabah perlu menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 terlebih dahulu sebelum tiba ke pintu masuk dan dipakaikan gelang kuarantin.

Mereka perlu tinggal di rumah tanpa pergi ke mana-mana. Apabila keputusan ujian adalah negatif COVID-19, mereka ‘bebas’ untuk menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Namun sekiranya mengalami gejala seperti gangguan pernafasan dalam tempoh 14 hari, ujuan swab ulangan perlu dibuat semula.

Namun, prosedur COVID-19 untuk mereka yang pulang dari Sabah ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan netizen. Kita semua sedia maklum kes COVID-19 di Sabah meningkat naik sehingga mencecah tiga angka pada hari semalam walaupun MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan kes COVID-19 di Sabah terkawal.

mkn
Pecahan kes COVID-19 di Malaysia pada tarikh 27 September 2020

Netizen berpendapat terdapat layanan ‘dua darjat’ dikenakan antara individu yang pulang dari Sabah dan individu yang pulang dari luar negara. Jika anda baru pulang dari luar negara, anda perlu dikuarantin wajib dan membayar kos penginapan/makan di pusat kuarantin tersebut walaupun ujian awal anda adalah negatif.

Ia tidak berlaku untuk individu yang pulang dari Sabah. Ada netizen yang berkongsi pautan kenyataan KKM di mana kluster Sivagangga berpunca daripada individu yang awal ujiannya adalah negatif tetapi disahkan positif dalam tempoh dua minggu.

Diharap dengan ‘kelonggaran’ yang telah diberikan oleh MKN untuk individu yang baru pulang dari Sabah, mereka akan ikut perintah duduk di rumah selama 2 minggu dan tidak bersiar-siar di tempat awam. Tetapi berdasarkan beberapa kes sebelum ini, akan ada yang ‘buat hal’ dan tidak endah arahan kuarantin di rumah.

Tindakan tegas perlu diambil untuk mereka yang ingkar. Dalam masa yang sama, kita teruskan jaga jarak dan pakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Sebelum ini, influencer Chazynash memohon maaf kerana terlanjur berjenakan tentang gelang kuarantin. Anda boleh baca lagi pada pautan di bawah.

Tidak Sangka Ramai Yang Kecam, Chazynash Akhirnya Padam Video ‘Prank’ Pakai Gelang Pink

MySejahtera Jadi Pertikaian Netizen Disaat Kes COVID-19 Dalam Negara Kembali Meningkat