Perkongsian saya mengenai RON 95 vs RON 97 pada minggu lepas menyebabkan banyak pertanyaan dari netizen. Objektif utama artikel minggu lepas adalah untuk memberitahu netizen, minyak jenis manakah lebih bagus untuk penggunaan dan kereta anda. Buat anda yang terlepas dengan artikel sebelum ini, anda boleh membacanya di sini.

Ada beberapa isu yang saya ingin kupas dalam perkongsian pada kali ini berdasarkan pertanyaan netizen. Berikut antara soalan yang kerap diajukan daripada netizen.

1. Adakah minyak jenis RON 95 dan RON 97 boleh dicampur?

9023849023890480-990×556

Boleh, tiada masalah. Jangan campur minyak jenis diesel sudah.

2. Selain daripada knock sensor, apa lagi cara untuk lawan knock?

1415724412057

Knock atau auto ignition menyebabkan petrol meletup tanpa bantuan spark plug dimana ianya dikategorikan sebagai pembakaran tidak terkawal. Salah satu puncanya adalah suhu yang tinggi. Untuk mengawal suhu supaya dalam julat operasi, special water jacket perlu direkabentuk. Bentuk combustion chamber perlu direka agar tiada sharp edges terbentuk. Sharp edges ini akan menyebabkan suhu tinggi dan memudahkan knocking berlaku

Menggunakan Exhaust Gas Residual dalam proses pembakaran. Tujuan EGR ni diguna ialah untuk meningkatkan thermal efficiency serta mengurangkan suhu semasa pembakaran, mengurangkan knocking. Proses EGR ni boleh berlaku dengan adanya bantuan Dual VVTi dan i-Vtec. Contohnya seperti enjin Perodua Bezza dan Honda City

3. Kereta saya kereta Jepun lama, kalau guna RON 95 lebih cepat habis berbanding RON 97.

nissan-skyline-r32-28

Enjin kereta lama semasa drawing board lagi meletakkan RON 97 semasa pembinaan. Terutama kalau kereta JDM banyak menggunakan RON 98, jadi tiada masalah jika anda gunakan minyak jenis RON 97.

Setelah beberapa tahun pengguna, akan berlaku carbon build up sekitar valve seat, valve intake, valve exhaust, dan permukaan piston. Pembentukan karbon ini secara tidak langsung akan menyebabkan compression ratio meningkat. Biasanya pusat servis kereta akan menjual pencuci karbon dan dituang ke dalam tangki petrol.

4. Mazda Skyactiv menggunakan compression ratio 14:1. Adakah compression ratio yang tinggi membantu memberikan kuasa yang lebih serta menjimatkan minyak?

f32c592ab8fd3553ac3ef8e98b9b86ce

Ya, memang benar, enjin Mazda SkyaActiv menggunakan compression ratio 14:1 dimana ianya cukup tinggi bagi enjin biasa. Namun Mazda tidak menggunakan port injection, tapi direct injection. Setiap silinder mempunyai injector Semasa proses compression, hanya udara disedut dan dimampatkan.

Apabila mencapai top dead center, special injector memancitkan petrol dalam bentuk partikel halus, menghasilkan lean combustion. Disebabkan tiada petrol dimasukkan semasa proses intake, volumetric efficiency meningkat dan enjin lebih efisien

5. Selain dari perbezaan RON, apa lagi beza kedua-dua jenis bahan api ini?

RON95-or-RON97-Is-there-a-difference06 (1)

Sesetengah pengeluar mencampurkan bahan aditif ke dalam petrol. Bahan aditif ini bertindak sebagai pemangkin yang meningkatkan nilai RON dan pelbagai fungsi yang diiklankan oleh pengeluar.

Sebagai contoh Caltex memberi jaminan enjin kekal bersih dari enapan karbon setiap kali digunakan. Shell V Power Racing yang dicampurkan dengan aditif berkesan bagi melancarkan proses pembakaran.

Dari segi pencemaran, RON 97 lebih bersih kerana kurang sulfur dan mampu menghalang pembentukan sulfur dioksida yang menyebabkan jerebu. Selain memberikan kuasa yang lebih, RON 97 mampu menyelamatkan bongkah ais kutub utara dan beruang.

6. Saya selalu pakai RON 97 dan saya rasa tak ada kuasa jika saya gunakan minyak jenis RON 95. Adakah ini RON 97 lebih berkuasa?

Perbezaan RON 95 Dan RON 97

Seliter ron 95 dan ron 97 mempunyai jumlah tenaga yang sama. Yang membezakan diantara kedua-dua jenis minyak ini adalah ketahanan menahan suhu dan tekanan tinggi tanpa meletup sebelum spark plug menyala.

Untuk memberi pemahaman yang mudah, pengguna dicadangkan menggunakan RON 95 untuk pemanduan santai manakala RON 97 lebih sesuai digunakan untuk pemanduan agresif dan high RPM.

Kebanyakan enjin lama telah direkabentuk berdasarkan penggunaan minyak jenis RON 97 manakala di Jepun ujian dilakukan menggunakan minyak jenis RON 98. Oleh itu kebanyakan enjin lama mempunyai compression ratio yang tinggi bagi mengekstrak tenaga secara maksimum dan mempunyai kecekapan termodinamik yang tinggi.

Baca lagi: RON 95 vs RON 97, Yang Mana Lebih Bagus Untuk Kereta Anda