Sebut sahaja tentang sedekah mungkin ramai daripada umat Islam yang sudah faham iaitu mengeluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. Tahniah diucapkan buat umat Islam di Malaysia yang sangat prihatin dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan dengan cepat apabila berlaku sebarang musibah.

Anda boleh lihat situasi yang sama ketika musim Hari Raya Qurban dimana umat Islam berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah Qurban sehinggakan menjadi lambakan agihan daging sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Dalam pada itu, tahukah anda apakah yang membezakan Zakat dan sedekah? Sesungguhnya terdapat pentafsiran yang berbeza antara derma, sedekah, Zakat atau apa jua nama pemberian yang diberikan kepada orang yang memerlukan. Kami akan kupas dengan lebih lanjut dengan perbandingan dibawah.

Apa yang membezakan Zakat dan sedekah Zakat

Zakat-main

Zakat bermaksud suci, subur dan berkembang. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu.

Hukum Zakat adalah wajib buat umat Islam dan juga merupakan rukun islam ketiga sebagai langkah untuk menyucikan harta. Apa yang membezakan Zakat dan sedekah adalah Zakat mempunyai kadar yang tertentu dan masa untuk dikeluarkan iaitu setahun sekali.

Buat muslimin dan muslimat yang berminat untuk mengetahui berapakah jumlah yang diperlukan untuk mengeluarkan Zakat, anda boleh klik disini untuk ke laman web Zakat Wilayah yang menyediakan kalkulator Zakat. Untuk pengetahuan anda, Zakat mempunyai kadar 2.5% dan tempoh untuk dikeluarkan iaitu setahun.

Sedekah

Perbezaan Zakat Dan Sedekah

Sedekah berasal daripada perkataan bahasa Arab sadaqoh yang bermaksud suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Berbeza dengan Zakat, hukum sedekah adalah sunat. Mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika tidak dilaksanakan.

Selain itu, orang ramai berpeluang untuk melakukan sedekah pada bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Perkara ini yang membezakan Zakat dengan sedekah dimana Zakat ditunaikan apabila cukup haul dan nisab kepada 8 asnaf  iaitu penerima Zakat.

Kesimpulannya, sebagai seorang Islam yang telah mencukupi syaratnya maka wajiblah kita menunaikan Zakat disamping itu kita banyakkan sedekah sebagai amalan sunat. Untuk mendapatkan kefahaman dengan lebih lanjut, jom tonton penerangan daripada Ustaz Don Daniyal ini.

P/S: Kini sedang berlangsung Year End Zakat (YEZ) di Pusat Pungutan Zakat(PPZ-MAIWP) Shamelin. Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang zakat, boleh ke sini kerana mereka akan buka kaunter sehingga 8 malam pada 30 dan 31 Disember 2017. Untuk maklumat lanjut, boleh tekan di sini.