Bagi sesetengah individu, menyimpan memori tidak cukup sekadar digital. Baik dari segi gambar mahupun mesej. Menggunakan pendekatan yang sama, Zapptales hadir dengan sebuah idea untuk membukukan perbualan anda bersama pasangan mahupun rakan baik.

Konsep yang digunakan Zapptales sangat mudah. Pengguna cuma perlu memilih cover hadapan, seterusnya memuatnaik perbualan dan semuanya selesai dengan pemilihan pakej yang disediakan. Beberapa tema seperti newborn, travel dan happy family antara yang ditawarkan buat pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdapat 3 pilihan yang ditawarkan pengguna iaitu sama ada dalam bentuk fizikal mahupun softcopy. Memandangkan ianya sebuah idea yang fresh dan masih baru, tidak mustahil kita dapat melihat konsep yang sama dibawa ke Malaysia di masa akan datang menggunakan pendekatan yang sama.

Buat anda yang berminat untuk membukukan segala memori perbulan anda di Whatsapp, anda boleh layari ke laman web Zapptales untuk membuat tempahan. Kami jangkakan perkara ini bakal menjadi trend buat pasangan yang baru berkahwin di negara kita.

Sumber