Sejak internet diperkenalkan, mencari jodoh atau berkenalan menggunakan medium internet bukan lagi sesuatu yang aneh. Kehadiran aplikasi serta laman web dalam membantu mencari pasangan turut disambut baik para pengguna dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, di sebalik niat untuk mencari pasangan hidup, seorang nenek berusai 73 tahun yang menetap di Bentong telah terjerumus dengan love scam apabila duitnya sebanyak RM61,500 hangus ditipu ‘teman lelakinya’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof, mangsa mula berkenalan dengan suspek yang dikenali sebagai Kelvin Chen Lee di Facebook sejak April lalu. Berjaya menjalinkan cinta, Kelvin telah meminta kepada mangsa untuk meminjamkan beliau RM100,000 serta berjanji untuk membayarnya semula.

AL-ringgit
Sumber: the business times

Percayakan dengan janji manis teman lelakinya, mangsa berusia 73 tahun ini tanpa curiga telah memasukkan wang sebanyak RM61,500 melalui empat transaksi diĀ  kaunter sebuah bank ke akaun milik individu yang tidak dikenali. Seterusnya, Kelvin turut meminta mangsa memasukkan baki wang ke nombor akaun milik individu berbeza di bank berlainan.

Walau bagaimanapun, modus operandi love scam ini terbongkar apabila pihak bank memaklumkan nombor akaun berkenaan milik seorang scammer dan menasihati mangsa untuk membuat laporan polis.

Orang ramai juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan individu yang dikenali secara dalam talian agar tidak terjerumus dengan modus operandi love scam yang sedang secara dalam talian.

Ketahui juga bagaimana maklumat penerima parcel dicuri individu yang tidak bertanggungjawab.

Curi Maklumat Peribadi Melalui ‘Parcel’, Ini Taktik Scammer Untuk Jadikan Anda Mangsa

Tiru Suara Kenalan Dan Keluarga Jadi Taktik Baru ‘Scammer’ Dalam Talian

Sumber