Teknik ni sempoi gile. Tak perlukan otak ada batu geliga. Tak perlu perah otak sampai stress. Tak perlu susah payah sewakan per head. Tenang-tenang sahaja. Cuma perlu displin. Dan kawal hawa nafsu (jangan teruja tengok baju dan handbag cantik-cantik).

Teknik isteri sempoi

Beli rumah percuma 2 buah rumah, sebuah kereta.
Tempoh matang : 8 tahun

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Contoh saya bagi atas pengalaman sendiri. Bukan teori indah atas paper ye. Saya dah buat dan berhasil.

Tahun 2006
Beli rumah – 64,000
Installment – 320
Sewa – 400

Saya displin bayar setiap bulan. 400 (pendapatan sewa) + 400 (sebenarnya saya bayar guna akaun 2 FPF – nak dipermudahkan saya bagi contoh kira-kira bayar setiap bulan).

Penulis, Shariza Abd Latif.
Penulis, Shariza Abd Latif.

Dalam tempoh 8 tahun, hutang rumah selesai. Saya sebagai isteri disediakan tempat tinggal oleh suami. Jadi saya ambil kesempatan untuk atur masa depan keluarga. Susun strategi untuk bebas hutang.

Tahun 2014
Remortgage RM170k (cash back/out)
Installment – 800/bulan
Rumah disewakan 1,000/bulan
+ 200.00 sebulan

Daripada remortgage RM170k, saya beli 2 buah rumah berharga RM71k dan RM91k.

Rumah Percuma 1

Beli rumah lelong Subang Perdana – 71k
Market value – 120k
Installment – 0 (katakan byr cash)
Sewa – 700/bulan
+ 700.00 sebulan (rental income sebab tiada hutang)

Rumah Percuma 2

Beli rumah lelong Jasmin – 91k
Market value – 180k (medium cost)
Installment – 0 (katakan bayar cash)
Sewa – 1050.00/bulan
+ 1,050 sebulan (rental income tiada hutang)

Percuma kereta dan gaji bulanan

Cashflow saya positif sebanyak RM200 (rumah pertama) + RM700 (rumah percuma 1) + RM1,050 (rumah percuma 2) = RM1950.

Daripada RM1950 ini bolehlah beli kereta dan beri gaji kepada diri sendiri setiap bulan.

Belilah kereta apa pun yang berkenan di hati. Monthly installment tak melebihi 900.00 sebulan.

Masa ni kalau nak berhenti kerja pun boleh. Dapat gaji RM1,050.00 sebulan (sewa rumah percuma 2). Hasil dari passive income. Bolehlah belai-belai anak di rumah. Masak untuk suami. Tunggu suami belakang pintu.

Sempoikan.. tak perlu susah payah fikir teknik bombastik kebaboom..

Kenapa saya kata percuma. Saya tak keluarkan duit selepas remortgage rumah. Semua dibayar oleh penyewa.

Harap boleh dapat idea sikit daripada pengalaman akak ni. Nak cerita detail tak berkesempatan. Setakat ini dulu.