Bagi sesetengah orang, fesyen merupakan sebuah medium untuk mereka mempamerkan kreativiti dan personaliti diri masing-masing. Mereka yang umumnya dikenali sebagai penggemar fesyen ini seringkali tampil dengan gaya yang tersendiri yang pastinya membuat mata-mata yang memandang jadi terpegun dengan apa yang digayakan oleh mereka.

Dari generasi ke generasi, kita dapat lihat perubahan dalam trend fesyen seiring dengan peredaran zaman. Walaupun ada sahaja trend atau stail yang kekal evergreen, tidak boleh dinafikan bahawa dunia fesyen memang sering dipenuhi dengan trend yang terbaharu.

Dalam banyak-banyak trend yang cantik dan menarik, pastinya ada juga sesetengah trend yang sukar untuk dihadam oleh orang ramai. Contohnya seperti aksesori mirip cable tie ini.

Berdasarkan perkongsian yang telah tular di Facebook, gelang dan cincin yang berbentuk seperti cable tie ini dijual oleh Farfetch, sebuah kedai retail premiun atas talian yang berpangkalan di London, United Kingdom.

Arghh berat betul la fesyen zaman skrg.Mcm2 la dorg nie..

Posted by Sambal Tumis on Saturday, January 16, 2021

 

Perkongsian yang telah dibuat di laman Facebook tersebut kemudiannya menjadi topik perbualan sesama netizen di ruangan komen oleh kerana reka bentuk dan harganya yang tidak masuk akal.

Difahamkan, gelang dan cincin tersebut dijual dengan harga $588 (~RM2,381.40) dan $390 (~RM1,579.50).

Rata-rata dari mereka turut beranggapan bahawa rekaan gelang dan cincin tersebut tidak ubah seperti sebuah cable tie yang boleh didapatkan dengan harga yang lebih murah malah percuma di kedai-kedai seperti ECO Shop, Mr. DIY dan juga Mydin.

a6f3

SUMBER: FACEBOOK SAMBAL TUMIS

fc44

SUMBER: FACEBOOK SAMBAL TUMIS

Walau bagaimanapun, gelang dan cincin tersebut telahpun habis dijual walaupun harga dan rekaannya langsung tidak masuk akal. Kenapa agaknya sesetengah penggemar fesyen ini sanggup untuk berhabis duit demi membeli aksesori seperti ini?

Influencer dari Jepun ini pernah tular di Instagram kerana menukar barangan harian menjadi ‘Designer Goods’, klik pada pautan di bawah untuk membaca!

Serius Kreatif, Influencer Dari Jepun Ini Menukar Barangan Harian Menjadi ‘Designer Goods’

Dakwa Baju Kurung Sudah Dilupai Rakyat Malaysia, Netizen Bersatu Tempelak ‘Inisiatif’ Minah Salleh Ini

Anda Mungkin Suka