Baru-baru ini, World Dream Liner di Singapura telah melancarkan percutian cruise tanpa destinasi pertama mereka. Kapal layar yang diberi nama Quantum of the Seas milik The Royal Caribbean tersebut dijadualkan untuk berlayar dari Singapura ke selat Melaka dan terus ke perairan antarabangsa.

Kawalan keselamatan dan proses sanitasi ketat telah pun dilakukan sebelum kapal tersebut berlayar pada bulan lepas. Akan tetapi, malang memang tidak berbau apabila seorang daripada penumpang cruise tersebut didapati positif virus COVID-19, semalam. Perkhabaran tersebut dilaporkan oleh operator Royal Caribbean sendiri.

yclight091220
SUMBER: STRAITS TIMES

Memetik laporan dari Straits Times, ekoran daripada jangkitan tersebut, kapal layar Quantum of the Seas terpaksa berpatah balik dan menghentikan pelayarannya awal sehari. Pada jam 2.45 pagi semalam, kesemua 2,000 orang penumpang kapal tersebut telahpun diberitahu perihal berita ini melalui pengumuman yang dibuat oleh Kapten kapal.

Bayaran penuh percutian atas cruise tanpa destinasi tersebut akan dibayar balik kepada pelanggan yang disahkan positif itu manakala pelanggan lain akan dibayar berdasarkan harga satu malam di atas cruise tersebut.

dw-cruise-quantum6-201209
SUMBER: STRAITS TIMES

Laporan terkini mengatakan pelanggan yang disahkan positif semalam telah pun disahkan negatif pula setelah melalui saringan sebanyak dua kali sebaik sahaja pelanggan yang berusia 83 tahun itu tiba di Singapura.

Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan sampel asal pelanggan tersebut telah dikaji semula di Makmal Kesihatan Awam Negara dan hasil ujian menunjukkan beliau disahkan negatif. Laporan mengatakan, pihak Kementerian Kesihatan Singapura akan melakukan ujian sekali lagi hari ini untuk mengesahkan status pelanggan tersebut.

ycppep091220
SUMBER: STRAITS TIMES

Menurut Ketua Cruise di Singapura, Annie Chang, kesemua kontak rapat pelanggan tersebut telah disaring dan ujian mendapati semua dari mereka telah disahkan negatif. Pelanggan lain juga di minta untuk tinggal di kabin masing-masing sebelum minggalkan kapal tersebut.

“Kesemua kontak rapat pelanggan tersebut serta pelanggan yang lain akan di bawa ke tempat kuarantin khas kerajaan”, jelas Chang pada pukul 4 petang semalam.

Khabarnya pintu sempadan Thailand bakal dibuka kepada pelancong dari semua negara, klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Pintu Sempadan Thailand Dilaporkan Bakal Dibuka Kepada Pelancong Dari Semua Negara

Persis ‘Shopping Mall’ Bergerak, Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Ada Di Princess Cruise