Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dikenali sebagai Bumi Kenyalang, Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dengan keluasan menghampiri Semenanjung Malaysia. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menjelajah sendiri ibu negeri Sarawak iaitu Kuching dalam percutian singkat selama 2 hari.

Artikel Berkaitan:

Kali ini, saya telah ke Kuching, Sarawak dengan menaiki penerbangan AirAsia dan disebabkan saya merupakan pemegang pas SUPER+, maka harga tiket untuk perjalanan pergi dan balik hanyalah RM45.20 termasuk tax.

@mimieyuzi

#traveltokuching #mountsantubong #sarawak #kuching #niceplace #placetovisit #fypdong #fypage #fypシ゚viral #travel #trip #jalanjalan #pov @faghah23

♬ About Damn Time – Lizzo

Murah, bukan? Jika anda mahu jadi pemegang pas SUPER+ bolehlah dapatkan di website AirAsia dan gunakan refferal code ini 26FB34658E4555 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 ketika pembelian pas.

Bagi pengangkutan sepanjang di Kuching, saya menyewa kereta Axia kerana lebih memudahkan saya untuk bergerak ke destinasi dituju serta penginapan saya yang agak jauh dari bandar menjadi salah satu faktor.

Sebuah negeri yang agak asing dengan saya, mari saya kongsikan beberapa destinasi yang sempat saya kunjungi selama 2 hari di Kuching, Sarawak. Ayuh kita mulakan!

1. Borneo Cultures Museum

Borneo Cultures Museum ini baru dibuka secara rasmi pada 9 Mac 2022 dan anda perlu datang sendiri melawat muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara ini.

Untung pengetahuan anda, muzium ini hadir dengan 5 aras dan setiap aras pada bangunan ini mempunyai tema berbeza. Malah, anda dapat mempelajari banyak benda berkaitan budaya di Sarawak dengan bantuan teknologi audio visual dan juga realiti terimbuh (AR).

Muzium ini dibuka setiap hari dan ketika saya berkunjung ke sini tiket masuk adalah percuma. Hasil tinjauan saya, harga tiket masuk sekarang adalah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk pelajar.

P/s: Jika anda mempunyai bajet lebih, bolehlah ke Sarawak Cultural Village untuk melihat lebih dekat tentang perkampungan di Sarawak dan juga melihat budaya mereka secara ‘live’.

2. Tugu Kuching

Jika ke Langkawi ada tugu Helang, bagi bandar Kuching pula memilih kucing sebagai mercu tanda. Kiranya memang tidak lengkap jika anda tidak singgah ke sini.

Lokasi tugu Kuching ini agak mudah untuk diakses kerana terletak di bandar dan banyak tempat letak kereta yang ada di kawasan terbabit tetapi perlulah berhati-hati ketika melintas jalan.

3. Kuching Waterfront

Kuching Waterfront sering menjadi tumpuan pelancong untuk melihat pemandangan indah Sungai Sarawak dan beberapa tarikan di sekeliling yang sangat cantik seperti Bangunan Dewan Undangan Negeri dan juga Jambatan Darul Hana.

Pada sekitar jam 8.30 pm hingga 10.30 pm setiap malam, terdapat pertunjukan musical fountain yang berwarna warni yang pasti membuatkan anda teruja. Malah, terdapat juga gerai-gerai jalanan yang menjual barangan cenderahati seperti hasil tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalaman rumah dan sebagainya di sini.

4. Jambatan Darul Hana

Jambatan Darul Hana ini siap dibina pada tahun 2017 dengan kos RM 35 juta dan ia merupakan antara mercu tanda ikonik untuk Bandaraya Kuching selain tugu Kuching.

Jambatan ini menghubungkan kawasan Kuching Utara dan Kuching Selatan dimana pengunjung boleh berjalan kaki bermula dari Kuching Waterfront menuju ke seberang untuk jelajah tempat menarik di Kuching seperti Taman Orkid Kuching, Astana Negara dan Bangunan Dewan Undangan Negeri.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga dapat melihat keindahan matahari terbenam di sini dan mengambil gambar lanskap yang menarik.

5. Lihat sunset di The Culvert

@mimieyuzi

Cantik, murah dan berbaloi. #fyp #fypシ #traveltokuching #santubong #sarawak #niceplace #healing #theculvertkuching #theculverhotel #xyzbca #foryourpage

♬ Every Second – Mina Okabe

‘Highlight’ untuk percutian saya adalah untuk menikmati ‘sunset’ di The Culvert. Jujur saya katakan, memang cantik kerana anda boleh melihat ‘sunset’ di tepi pantai atau pun anjung yang disediakan.

Untuk pengetahuan anda, The Culvert adalah penginapan yang saya pilih kerana mahukan kelainan. Anda juga dapat melihat keindahan Gunung Santubong di sini dan banyak kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, sauna dan banyak lagi.

Jika anda mahukan kedamaian bolehlah menginap di sini dan setiap tempat di penginapan ini sangat dekat dengan alam semulajadi serta anda boleh menangkap banyak gambar yang ‘insta-worthy’.

6. Taman Sahabat

Taman Sahabat ini merupakan simbolik kepada keakraban hubungan Negara China & Malaysia. Anda dapat lihat seni binanya yang unik dan menerapkan budaya dari China.

Malah, terdapat tasik yang bersih dan laluan pejalan kaki melalui ke tengah tasik yang akan memberikan anda ‘vibes’ dalam drama China klasik. Setiap sudut di Taman Sahabat ini sangat cantik dan sesuai untuk anda yang suka mengambil gambar.

Sebenarnya banyak tempat yang tidak sempat saya terokai di Sarawak dan pastinya akan kembali untuk terokai negeri Sarawak. Ini hanyalah destinasi yang sempat saya singgah untuk percutian singkat hujung minggu saya.