Hala tuju Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam membentangkan kad laporan kabinet sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia jelas menunjukkan kerajaan komited dalam memberikan yang terbaik buat para rakyat..

Tan Sri Annuar Musa selaku Komunikasi dan Multimedia berkata, pendekatan Perdana Menteri apabila mula menerajui tampuk pemerintahan menyaksikan aspek sensitif dan responsif dengan apa kehendak rakyat perlu diutamakan bagi memastikan kerajaan dilihat sebagai kepemimpinan yang berprestasi.

Sumber: malaysia now

Katanya, dalam konteks 100 hari ataupun tiga bulan, ia bukanlah satu tempoh yang panjang tetapi apakah perkara yang perlu segera diatasi terutama melibatkan isu yang sekian lama tergantung ataupun prosesnya perlahan.

“Bagi saya, KPI 100 hari ini adalah satu permulaan bagi kerajaan maju ke hadapan dalam melakukan sesuatu perkara bagi jangka pendek dan segera dengan prestasi kementerian dipertingkat sekali gus memenuhi kehendak rakyat.

Annuar berkata, Perdana Menteri mahu kerajaan yang faham rakyat dan responsif dalam memberi penyelesaian terbaik untuk rakyat kerana semua pihak perlu ingat, sebelum ini politik tidak stabil, perkembangan ekonomi tidak bergerak, tidak boleh kerja, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat dan ketegangan dalam pentadbiran.

“Pendekatan yang dibuat sangat memahami rakyat, Perdana Menteri tidak mahu bermain politik, gaduh berpanjangan, kerajaan gaduh dengan pembangkang, kerajaan gaduh dengan kerajaan dan selepas itu, gaduh sesama parti. Ini contoh yang Perdana Menteri tidak mahu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber: the star

Dilaporkan, perbentangan kad laporan kabinet ini bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena pelancaran 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada Khamis ini.

Beberapa aspek antara yang menjadi keutamaan dalam menunjukkan barisan kabinet menteri sedia ada menjalankan tugas sebaiknya dalam memacu kemajuan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Konsep Keluarga Malaysia turut menyaksikan keyakinan rakyat dalam memilih kerajaan yang lebih stabil.

Konsep Keluarga Malaysia Beri Keyakinan Kepada Rakyat Pilih Kerajaan Yang Lebih Stabil

‘Terkejut Dengan Layanan Baik Ketuanya’ – Ebit Lew Ziarah Kawasan Gangster Di Brazil

Sumber