Perdana Menteri Finland, Sanna Marin memohon maaf setelah gelagatnya berpesta di Helsinki tular pada Sabtu lalu, beberapa jam selepas salah seorang menteri luarnya disahkan positif COVID-19. Difahamkan, dia pada mulanya diberitahu bahawa tidak perlu untuk mengasingkan diri kerana telah mengambil vaksin. Tetapi kemudiannya dia tidak membaca mesej yang mengarahkannya untuk mengasingkan diri, lapor BBC.

Para pengkritik telah mempersoalkan tindakan Perdana Menteri muda berusia 36 tahun tersebut yang tidak mengasingkan diri sehingga keputusan ujiannya negatif. Dia dalam satu kenyataan, mempertahankan tindakannya dengan berkata bahawa mesej yang memintanya untuk mengasingkan diri itu dihantar ke telefon pejabatnya, yang dia tinggalkan di rumah. Apabila dia melihat mesej tersebut pada hari Ahad, dia segera mengambil ujian COVID-19 dan keputusannya adalah negatif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada mulanya Marin mempertahankan tindakannya berpesta, dengan alasan bahawa dia telah mengikut nasihat menteri luar negerinya, yang memberitahu Marin tentang pendedahan kepada COVID-19. Tetapi dalam catatan Facebook pada hari Isnin, Marin meminta maaf dan berkata dia sepatutnya meneliti semula garis panduan dan mempertimbangkan tindakannya, lapor Reuters.

Di bawah garis panduan COVID-19 di Finland, sesiapa yang telah divaksin dua kali tidak perlu diasingkan jika mereka mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang positif. Tetapi garis panduan itu juga menasihatkan orang ramai untuk mengelak hubungan sosial secara sukarela sehingga keputusan ujian COVID-19 dikeluarkan.

Garis panduan berasingan untuk menteri dan kakitangan kerajaan juga disyorkan untuk menghadkan hubungan sosial serta-merta selepas terdedah dengan mereka yang positif COVID-19, menurut akhbar Finland, Helsingin Sanomat.

Marin telah mendapat kritikan sejak majalah gosip menyiarkan gambar perdana menteri menghadiri pesta di kelab malam sekitar Helsinki bersama rakan-rakannya pada Sabtu lalu. Majalah Seiska berkata ia sempat menemubual salah seorang saksi yang melihatnya menari di salah sebuah kelab, di mana dia berada di sana sehingga jam 4 pagi.

Ahli politik pembangkang berkata Marin harus menunjukkan contoh yang baik dengan mengasingkan diri secara sukarela dan bukannya pergi kelab. Mia Laiho, ahli parlimen dari Parti Gabungan Kebangsaan, berkata Marin adalah seorang perdana menteri yang tidak bertanggungjawab.

Finland antara negara yang bernasib baik berbanding sekutu Eropah yang lain semasa pandemik COVID-19 dengan mencatatkan kira-kira 196,000 kes dan 1,384 kematian. Tetapi sejak September, jangkitan telah menjalar lebih tinggi, dengan peningkatan kes lebih daripada 1,000 sehari.

Tular video golongan ‘kayangan’ langgar SOP beraya sakan, netizen desak polis jalankan siasatan. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Tular Video Golongan Kayangan Langgar SOP Beraya Sakan, Netizen Desak Polis Jalankan Siasatan

Ahli Politik Ini Cadang Hukuman Cuci Tandas Buat Golongan ‘Kayangan’ Yang Langgar SOP

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP