Anda mungkin sudahpun menonton filem Civil War terbitan Marvel pada tahun ini, salah satu karya terbaik dari Marvel yang tidak menghampakan peminat Marvel di seluruh dunia termasuk saya.

Dalam Civil War lepas, kita boleh lihat pertempuran hebat antara 2 kumpulan superhero iaitu Team Captain America dan Team Ironman. Cukup mengujakan dan penuh dengan aksi!

Justin Trudeau, Perdana Menteri Kanada
Justin Trudeau, Perdana Menteri Kanada

Manakala untuk siri komik Civil War II: Choosing Sides pula, terdapat beberapa kemunculan superhero baru dan yang paling menarik adalah watak yang digalas oleh perdana menteri Kanada.

Satu lagi idea power dari Marvel apabila menjadikan perdana menteri Kanda, Justin Trudeau sebagai barisan terbaru dalam watak superheronya.

Kemunculan Justin Trudeau sebagai superhero terbaru dalam komik Marvel ini disifatkan sebagai terlalu cool. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Entertainement Weekly, watak Justin akan menemui peminat dalam episod ke-5 untuk siri Civil War II: Choosing Sides ini.

Dalam episod tersebut, Justin akan dikelilingi oleh pasukan superhero Kanada iaitu Alpha Flight.  Buat masa sekarang, kuasa sebenar watak Justin masih lagi belum diketahui kecuali bermain piano.

Menurut pelukis komik Chip Zdarsky, kemunculan terbaru ini akan menampilkan elemen-elemen yang baik dari Kanada, dan ia sangat berbaloi untuk menjadikan perdana menteri Kanada sebagai watak komik.

justin-trudeau-marvel

Watak Justin ini juga dijangka bakal mengalahkan watak superhero yang diminati ramai iaitu Captain America dan Thor.