Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Setelah beberapa teaser dan spyshot dikongsikan sejak beberapa minggu lalu, akhirnya model MPV yang dinanti-nantikan oleh ramai pihak, Perodua Alza 2022 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.

MPV 7-tempat duduk ini ditawarkan dalam tiga varian dengan harga seperti berikut; X (RM62,500), H (RM68,000) serta AV (RM75,500) dan harga-harga itu tidak termasuk kos-kos berkaitan.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Perodua telah mengubah suai bahagian luaran dengan rekaan lebih sporty dengan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), menjadikannya sebagai model kedua selepas Ativa yang berkongsi platform sama di bawah ‘Perodua Smart Build’.

Sumber Gambar: Perodua

Sumber Gambar: Perodua

Sumber Gambar: Perodua

Ketiga-tiga varian ini dikuasakan dengan enjin empat silinder 1.5 liter Dual VVT-i yang dapat menghasilkan output sebanyak 105hp dan 138 Nm tork. Difahamkan kecekapan penggunaan minyak 40% lebih baik.

Memetik perkongsian Paultan.org, Perodua mendakwa mendakwa yang Alza baru ini hanya memerlukan kurang daripada RM40 minyak untuk perjalanan KL ke Pulau Pinang (358 km), berdasarkan harga petrol RM2.05 seliter.

Antara beberapa ciri-ciri baharu yang diperkenalkan pada Alza 2022 ini (mengikut varian) seperti tiga mod pemanduan (Normal, Eco dan Power), EPB (Electronic Parking Brake), Auto Brake HoldEco Idle (ciri standard untuk semua varian)kamera panaromik 360-darjah, enam-beg udara dan Advanced Safety Assist (ASA) terkini.

Ruang kargo kali ini lebih besar berbanding model terdahulu dengan boleh memuatkan barangan sehingga 498 liter apabila kerusi baris ketiga dilipat dengan nisbah 50:50. Apabila ketiga-tiga baris kerusi ditegakkan, ruangan standard boleh dapatkan sebanyak 137 liter.

Sumber Gambar: Perodua

Sumber Gambar: Perodua

Dalam pada itu, jika anda mahukan MPV nampak lebih menonjol berbanding orang lain, anda boleh tambah aksesori ‘GearUp Prime’ yang terdiri daripada rekaan bampar hadapan dan belakang lebih menarik, tambahan spoiler belakang, kemasan kerusi kulit dua-tona, lampu lantai, LED scuff plate, pelindung pintu dan beberapa aksesori lagi.

Perodua Alza 2022 hadir dalam lima pilihan warna (Ivory White, Glittering Silver dan Elegant Black) dengan ‘dua warna khas’ (Garnet Red dan Vintage Brown) hanya ditawarkan pada varian H dan AV.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menyatakan model Alza 2022 telah menerima lebih 30,000 tempahan awal sejak ia dibuka pada 23 Jun (termasuklah hampir 4,000 tempahan daripada pemilik Alza sebelum ini).

Para pelanggan yang membuat tempahan sebelum 30 Jun lalu boleh dapatkan kereta masing-masing sebelum 31 Mac 2023 iaitu tarikh akhir pendaftaran bagi kenderaan yang menerima pengecualian SST, serta beberapa pelanggan akan menerima Alza serba baharu mereka daripada 195 bilik pameran jualan yang sah di seluruh negara, petik perkongsian Paultan.org.

Bagi yang ingin dapatkan model terbaharu Alza, bolehlah daftar minat pada pautan ini atau hadiri mana-mana pusat pameran dan jualan Perodua berhampiran anda.

Sementara itu juga anda boleh tonton pelancaran rasmi Perodua Alza oleh Perdana Menteri sebentar tadi melalui video di bawah.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Perodua berjaya catat rekod tempahan tertinggi pada hari terakhir pengecualian cukai jualan yang berakhir pada 30 Jun lalu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Perodua Catat Rekod Tempahan Tertinggi Dalam Tempoh 24 Jam Pada Hari Terakhir Jun

Tempahan Perodua Alza Serba Baharu Dibuka Dengan Harga Bermula RM62,000

Perodua Mahu Perkenalkan Kereta Elektrik Tempatan Yang Mampu Dimiliki Orang Ramai