Pada sebulan yang lalu, Proton telah mengumumkan tempahan bagi model SUV terbaharu Proton X90 sudah pun dibuka bermula 8 April. Tempahan boleh dibuat di pusat pengedar 3S dan 4S yang terpilih sahaja di seluruh negara.

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan model Proton X90 di bangunan MITEC. Pelancaran itu turut diadakan sekali dengan sambutan ulang tahun ke-40 syarikat pengeluar kereta tempatan itu.

Baca Juga:

Ramai yang tertanya berapakah harga rasmi bagi model SUV ketiga Proton yang ditawarkan dengan pilihan ini 6 hingga 7-tempat duduk ini. Berikut adalah harga rasmi yang diumumkan sebentar tadi:

1. Proton X90 Standard – RM123,800

2. Proton X90 Executive – RM130,800

3. Proton X90 Premium – RM144,800

4. Proton X90 Flagship – RM152,800

Bagi 4,000 tempahan pertama bakal menerima 5-tahun pakej extra data 4GB/sebulan, jam Proton X-Watch bernilai RM1,499, aksesori bernilai RM779 dan naik taraf ‘Proton Insurance Programme‘.

Kesemua model Proton X90 hadir dengan standard enjin hibrid 1.5 liter TGDI, 187hp dan 300Nm tork, serta transmisi kotak gear dwi-klac 7-speed.

Antara ciri standard lain yang hadir pada semua model adalah lampu LED, rim aloi 18-inci, skrin infotainmen 12.3-inci dan pemandu pula menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10-inci.

Model SUV ini boleh dilihat lebih dekat dan dipandu uji di pusat pengedar 3S dan 4S yang terpilih berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Sementara itu, ringkasan spesifikasi yang ditawarkan kepada model Proton X90 boleh dibaca lebih lanjut di sini.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.