Pada Disember tahun lalu pihak kerajaan telah melanjutkan pengecualian cukai jualan untuk kereta membabitkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) untuk tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Terbaharu, Perdana Menteri telah memaklumkan pengecualian cukai jualan telah dilanjutkan sehingga akhir tahun ini bagi membantu dan menaikkan semula industri automotif yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 sejak tahun lalu lagi.

Berita ini sudah pasti disambut baik oleh orang ramai, lebih-lebih buat pengeluar kenderaan, vendor peralatan kenderaan serta pelanggan yang merancang untuk memiliki kenderaan dalam masa terdekat.

Lanjutan pengecualian cukai ini juga turut menjadi salah satu langkah untuk merangsang jualan kenderaan di Malaysia, sekali gus meningkatkan semula ekonomi negara. Bolehlah kita tunggu tawaran-tawaran menarik daripada jurujual kenderaan yang berhampiran.

Sementara itu, jualan Perodua Myvi ‘rebadge’ telah mendapat sambutan menggalakkan di Indonesia baru-baru ini.

Jualan Myvi ‘Rebadged’ Meningkat Secara Tiba-Tiba, Terima Pujian Di Kalangan Netizen Indonesia

Perodua Dijangka ‘Catu’ Pengeluaran Kereta Ekoran Gangguan Bekalan Cip?

Sehari Terima 290 Tempahan, Tempoh Menunggu Perodua Ativa Kini Dua Hingga Empat Bulan