Umum tahu, sudah menjadi kebiasaan dimana kedai-kedai ketika ini mempraktikkan penjarakan sosial sebagai langkah pencegahan kepada wabak COVID-19. Dalam pada itu, masih terdapat juga individu serta pemimpin yang memilih untuk mengingkarinya.

Walau bagaimanapun, lain ceritanya dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang tular baru-baru ini selepas dihalang untuk makan di kafe bersama tunangnya selepas didapati kafe tersebut sudah dipenuhi orang.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →
104956177-Prime_Minister_Jacinda_Ardern

Sumber: CNBC

Menariknya, beliau sebagai pemimpin yang mempunyai kuasa tertinggi negara sebaliknya akur dengan arahan yang diberikan tanpa sebarang protes. Difahamkan beliau sanggup menunggu di luar kafe sehingga dipanggil pelayan kafe selepas terdapat ruang ruang kosong di kafe tersebut.

Insiden ini sekaligus menarik perhatian ramai melihatkan gaya Jacinda Ardern yang rendah diri serta akur dengan peraturan negara. Pasangan ini juga memilih untuk dilayan seperti rakyat biasa di kafe serta turut membuat bayaran buat makanan yang dipesan.

Sikap yang ditunjukkan Perdana Menteri New Zealand bersama tunangnya ini sekaligus turut mendapatkan pujian daripada para netizen seluruh negara. Berikut antara komen netizen terhadap sikap yang ditunjukkan Jacinda Ardern.

Diharap sikap yang ditunjukkan ini sekaligus bakal menjadi contoh kepada orang ramai serta pemimpin dalam dan luar negara dalam memastikan wabak tidak terus merebak.

Sepanjang PKP berlangsung, tidak dapat dinafikan terhadap bisnes yang terkesan sehingga terpaksa tutup kedai. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

‘Usaha 2 Tahun Operasi 2 Bulan, Bila PKP Sebulan Terus Tutup Kedai’

Hampir 2 Bulan Tutup Kedai Kerana PKP, Netizen Kongsi Gambar Barangan Kulit Dipenuhi Kulat

Anda Mungkin Suka