Bagi meringankan beban para penjawat awam sempena hari raya Aidilfitri akan datang, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Tambah beliau lagi, bantuan tersebut termasuklah kakitangan di bawah skim Contract of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi pesara kerajaan pula, pihak kerajaan turut memberikan bantuan bernilai RM250 untuk kelompok tersebut dan pembayaran bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan ini iaitu pada 25 April 2022.

“Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara. Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan kerajaan.

“Ia bagi membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata beliau menerusi bebenang ciapan Twitter.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Klik pautan di bawah untuk baca butiran penuh permohonan untuk pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

KWSP Umum Butiran Penuh Permohonan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000

Kerajaan Malaysia Bersetuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000

Sumber