Pada hari ini, penganut Islam di Malaysia menyambut perayaan Aidilfitri dan boleh dikatakan ramai yang terkejut selepas pengumuman Raya kerana menjangkakan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Selasa.

Lantaran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mengubah cuti Hari Pekerja kepada Rabu ini selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap 8).

Menurutnya, gantian cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad dimana ia adalah hari bekerja di negeri berkenaan.

Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk sebarang pengumuman berkenaan cuti. Setakat ini, Kelantan dan Johor bersetuju untuk meminda cuti hari kelepasan am dari tarikh asal kepada hari Rabu, 4 Mei 2022.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Umpama Guna Duct Tape’- Netizen Bengang Kerja Tampal Jalan Sambil Lewa Sebabkan Kemalangan

‘Mana Rasa Malu?’ – Netizen Persoalkan Pemilik Kenderaan Yang Sanggup Tampal Sticker Berunsur Lucah

‘Rasa Gugur Jantung’ – Lelaki Ini Tergamam Rugi RM30,000 Kena Scam Dengan Syarikat Pembersihan

Sumber