Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →

Sebelum ini, PKP diumumkan hanya akan berlansung sehingga 31 Mac ini.

Bagaimanapun dalam satu sidang media pada tengah hari tadi, beliau mengumumkan ia akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.

“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.

“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya.

Beliau pada masa menjelaskan pengumuman lanjutan tempoh kawalan pergerakan itu dibuat lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

Orang Ramai Cetus Kesesakan Di Jambatan Pulau Pinang, Tidak Hirau Perintah RMO

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Anda Mungkin Suka