Dunia fesyen mewah kehilangan seorang pereka hebat, Karl Lagerfeld yang meninggal dunia di usia 85 tahun. Pengarah kreatif untuk Jenama Chanel, Fendi dan Karl Lagerfeld ini sudah berkecimpung dalam dunia fesyen selama lebih 70 tahun dan masih aktif menghasilkan rekaan hebat walaupun sudah mencecah usia 80an.

Lagerfeld bermula sebagai pembantu Pierre Balmain selepas memenangi anugerah International Woolmark 1954. Pada tahun 1965, beliau mula membuat kerja freelancing untuk jenama mewah lain seperti Chloe dan Fendi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Fendi dan Chanel adalah jenama paling lama mendapat sentuhan Lagerfeld kerana beliau berkhidmat sebagai pengarah kreatif untuk dua jenama ini sehingga ke akhir hayatnya.

Lagerfeld juga sentiasa menjadi role model untuk pereka fesyen muda yang lain seperti Virgil Abloh, Kim Jones, Nigo dan ramai lagi. Artis ternama seperti Katy Perry turut terkesan dengan kematian Lagerfeld kerana di masa hidupnya, Katy menyifatkan Lagerfeld sebagai pereka fesyen kegemarannya dan seorang rakan yang baik dan lucu.

Beliau juga seorang seorang pakar dalam menjadikan branding jenama yang dipegangnya sentiasa diingati dalam dunia fesyen. Ketika bersama Chanel, beliau memastikan logo ‘CC’ milik Chanel menjadi simbol kekayaan untuk sesiapa sahaja yang memakai jenama tersebut.

“Logo adalah ‘Experanto’ untuk marketing, simbol kemewahan serta bisnes hari ini,” antara pesan Lagerfeld yang paling diingati sehingga ke hari ini. Kematian Lagerfeld meninggalkan satu posisi pereka yang sukar untuk diganti di Chanel. Buat masa ini, orang kanan Lagerfeld, Virginie Viard akan menggalas tugas yang ditinggalkan Lagerfeld.