Sekiranya anda merupakan seorang peminat jenama Apple atau pernah menonton iklan Apple iPhone, kami yakin anda pasti mengenali individu yang kerap berkongsi mengenai rekaan iPhone iaitu John Ive merangkap designer yang sangat ikonik bagi jenama ini.

Mula menyertai Apple pada 1992, beliau pada hari ini telah mengumumkan untuk meletak jawatan di Apple serta memilih untuk membangunkan firma beliau sendiri yang dinamakan sebagai LoveFrom.

jony-ive

Walau bagaimanapun, difahamkan firma yang bakal dibangunkan ini bakal bekerjasama secara rasmi bersama Apple manakala John Ive masih dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan rekaan yang bakal dikeluarkan Apple selepas ini.

Untuk pengetahuan, beliau merupakan rakan baik pengasas Apple, Steve Jobs dan merupakan individu penting dalam membangunkan syarikat ini bermula pada model awal Apple iPhone. Selain itu, beliau antara yang terlibat dalam membangunkan Apple Park.

18ky659w5rfhwjpg
Sumber: Gizmodo

Berikutan pengunduran John Ive daripada syarikat tersebut, agak menarik untuk menyaksikan bagaimana pengganti beliau bakal menawarkan sesuatu yang lebih hebat dan ikonik bagi rekaan model keluaran Apple selepas ini.