Pereka fesyen muda dari Malaysia, Moto Guo tersenarai di antara 23 pereka fesyen muda yang disenarai pendek untuk anugerah ‘LVMH Prize’ untuk tahun ini.

Dilancarkan pada tahun 2013, LVMH Prize ini diasaskan untuk mengangkat dan menyokong pereka fesyen muda dari seluruh dunia. Senarai 23 orang pereka ini akan melalui satu lagi proses pemilihan pada bulan Mac 2016, ketika Paris Fashion Week. Dari 23 orang ini, hanya 8 yang akan dipilih juri ke peringkat final pada 16 Jun 2016 di Foundation Louis Vuitton di Paris.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

LVMH Prive adalah pertandingan yang dibuat untuk pereka fesyen berumur 40 tahun ke bawah yang sudah mempunyai koleksi sekurang-kurangnya dua musim. Pemenang LVMH Prize ini akan menerima dana 300,000 Euro (lebih kurang RM1.3 juta) dan juga sokongan dari segi teknikal dan wang dari LVMH untuk mereka mengembangkan jenama mereka dalam tempoh 12 bulan selepas menjadi juara.

Moto Guo adalah anak Malaysia pertama yang pernah disenarai pendek dalam anugerah ini. Melihatkan koleksi pakaian yang direka oleh Moto Guo ini, ianya sungguh artistik dan unik. Hanya yang berani mampu memakai rekaan Moto Guo ini.

Di bawah adalah sebahagian rekaan dari Moto Guo. Anda boleh ikut Moto Guo di sini. Tahniah buat Moto Guo. Keep them good design coming!

MG 4

MG 3

MG1

MG

MG2

Anda Mungkin Suka