Nota Editor: Kisah ini dikongsikan oleh Nor Najwa selepas menyelamatkan anjing liar yang diberi nama Bimo. Beliau dan Shikin Faizal terjumpa Bimo yang kesakitan dan berusaha menghantarnya ke klinik. Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita lebih menyayangi sesama makhluk.

Kawasan di pejabat saya banyak berkeliaran anjing liar. Sebelum ini saya tidak pernah kisah tentang anjing-anjing liar ini sehinggalah saya bertemu Bimo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ceritanya bermula ketika saya ke pejabat di awal pagi dan terdengar bunyi seakan-akan tangisan. Jika waktu malam memang meremang bulu roma.

Saya dan rakan mulanya mengabaikan sahaja bunyi tersebut. Tetapi lama kelaman tertanya-tanya juga siapa yang menangis itu. Saya pun memula pencarian. Cari punya cari, terjumpa si Bimo dibawah sebuah kereta.

an1

Pada mulanya, saya agak takut-takut untuk mendekati Bimo. Siapa tidak takut anjing. Lagi-lagi perempuan macam saya. Tetapi bila saya pandang ke arah Bimo terdetik rasa kasihan pada dia.

Serius pilu. Bimo kelihatan sakit dan tidak mampu menggerakkan tubuhnya. Dia hanya mampu mengerang kesakitan. Maka terdetik didalam hati saya, “Petang ini juga aku bawa kau pergi klinik. Takpelah kalau aku perlu berkorban. Mungkin Tuhan mahu buka pintu rezeki aku.” Sambil saya cuba menenangkan dia.

an7

Kemudian terus saya bergegas ke pejabat dan membuat carian klinik veterinar terdekat.

Diwaktu rehat tengah hari, saya memberikan Bimo ayam rebus untuk mengisi perutnya dan mula berfikir-fikir cara membawa Bimo ke klinik veterinar. Awalnya kami ingin membawa Bimo ke klinik dengan menaiki kereta Shikin. Tetapi tunang Shikin tidak benarkan. Maka kami pun menukar rancangan dengan menaiki kereta ayah saya.

Memandangkan plastik guni banyak di pejabat, saya memohon rakan-rakan pejabat untuk buatkan baju superwoman ini yang akan digunakan untuk mengangkat Bimo

Sebaik sahaja habis waktu pejabat, saya terus bergegas balik kerumah. Tetapi saya sedari kereta ayah saya tiada. Ayah sudah bawak keluar entah kemana. Saya terduduk berfikir

Takkanlah saya mahu guna motosikal adik saya pula. Fikir punya fikir. Saya pun ajak adik perempuan saya ke pejabat mama. Puas juga saya pujuk mama. Akhirnya mama berikan kunci kereta dan kami pun bertolak ke pejabat saya.

Di luar pejabat, Bimo masih lagi duduk dibawah kereta. Dengan pakaian superwoman ini, saya mencuba-cuba untuk mengangkat Bimo. Tetapi dengan kudrat yang ada. Manalah saya larat angkat seorang. Bimo semakin kuat mengerang kesakitan. Bunyi tersebut buatkan saya betul-betul sedih. Air mata saya berjurai-jurai menitis di pipi.

Ramai juga yang menjenguk-jenguk ketika saya cuba mengangkat Bimo kerana pejabat saya bersebelahan kafe siber.Tiba-tiba muncul seorang pemuda India yang baik hati. Dia pun berkata, “takpelah akak, you pergi masuk sana kereta, nanti saya angkat ini anjing bawak masuk kereta.” Mungkin dia terlihat saya terkial-kial mengangkat Bimo lalu menghulurkan bantuan.

an2

Masuk je saya dan Bimo didalam kereta. Kami pun memulakan perjalanan. Jalan agak sesak diwaktu itu. Bimo duduk seakan memeluk erat. Risau juga saya jika Bimo menjilat muka saya. Tetapi dia seakan faham dan hanya duduk diam. Manja betul. Sampai lenguh2 tangan saya.

an3

Sampai sahaja di klinik, saya dan pegawai klinik meletakkan Bimo diatas meja didalam bilik pesakit. Doktor mengesahkan Bimo digigit anjing lain. Mungkin berlaku pergaduhan pada malam sebelum saya terjumpanya. Doktor juga memberitahu bahawa Bimo baru sahaja berusia 3 bulan kerana dia belum tumbuh gigi tepi dia

an4

Selesai Bimo dirawat. Saya pun keluar dari bilik rawatan untuk membuat bayaran. Boleh masa saya keluar tu dia melompat turun dari meja pesakit dan berjalan-jalan mengejar saya. Risau betul dia ditinggalkan. Hehe. Sweet sangat.

an5

Habis sahaja urusan di klinik, kami membawa Bimo balik ke pejabat dan meninggalkan dia di kaki lima. Sebelum balik kerumah, saya memberikan pesanan terakhir kepadanya, “Saya boleh teman awak kejap je. Sorry, nak kena balik sebab dah maghrib ni. Kita jumpa esok ye?” Dia pun duduk seakan faham apa yang saya katakan.

Selesai sudah hari saya dengan Bimo. What a good day.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram