Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Shila Aziz telah memilih destinasi ke New Zealand untuk percutian bersama keluarga. Perjalanan ke New Zealand mengambil masa 13 jam daripada KLIA dan satu malam di Auckland serta mengambil 1 jam 45 minit penerbangan dari Auckland. Beliau telah berkongsi pengalaman ke New Zealand selama 9 hari dengan menaiki Campervan yang disewa untuk satu keluarga beliau.
Beliau juga memberi tips kepada sesiapa yang ingin ke New Zealand dengan cara berjimat, anda hanya perlu menyediakan sendiri keperluan memasak dengan membeli barang dapur untuk 6 hari dan hanya mengeluarkan duit sebanyak NZD 180 (RM520.70) untuk empat orang makan berbanding sekiranya makan di luar, anda harus mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sehingga NZD 1 000 (RM2 892.44) untuk empat orang makan.
Beliau menyewa Campervan lengkap dengan semua keperluan yang diperlukan dan dengan hanya menggunakan Campervan juga, beliau dan keluarga dapat pergi ke merata tempat yang menarik yang ingin dilawati mereka.
Berikut sedikit perkongsian tempat-tempat dan aktiviti-aktiviti yang menarik yang dikunjungi mereka dengan hanya menaiki Campervan selama 9 hari berada di New Zealand. Dengan hanya melihat keindahan dan keseronokan keluarga mereka berada di bumi New Zealand, anda pasti teruja untuk menjejakkan kaki ke sana dan merasai sendiri suasana dan cara bagaimana hendak berjimat di bumi New Zealand yang memerlukan kos yang tinggi untuk percutian yang lama.
1. Lake Tekapo
2. Horse Riding Lake Tekapo @ Mackenze Alpine Horse Trekking
3. Hooker Valley, Mount Cook
4. Dudley’s Cottage Arrowtown
5. Onsen Hot Pool
6. Ride Gondola at Skyline Queenstown
7. Berbasikal dari Shotover Bridge ke Queenstown
8. Sheep Shearing & Farm Tour Agrodome
9. Redwoods