Jodoh itu perkara ajaib. Ia boleh datang tanpa dicari, ia boleh menyembunyikan diri jika dicari bersungguh-sungguh.

Pada mulanya, Nurul Ezzaty Zakaria hanya ingin menghilangkan kebosanan dengan bermain permainan Clash of Clans (COC), tetapi tidak sangka akan bertemu jodoh dengan suaminya yang juga peminat permainan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengimbas kembali detik perkenalan itu, suri rumah, Nurul Ezzaty berkata, dia mula membabitkan diri dalam permainan itu kira-kira dua tahun lalu di bawah kumpulan ‘Ganu Warrior’.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata, kumpulan itu ditubuhkan adik-beradiknya yang juga peminat permainan berkenaan, sebelum ia turut disertai rakan mereka.

Nurul Ezzaty yang berasal dari Kampung Gong Terap, Setiu, berkata, ahli kumpulan itu kemudian semakin bertambah menjadi 30 orang termasuk suaminya, Muhammad Hafezdin Rameli, 27, pada Januari 2014.

“Semua orang menggunakan nama samaran yang pelik dan kami tidak terkecuali. Saya menggunakan nama ‘Katniss Everdeen’ yang diambil sempena nama watak heroin dalam permainan ‘Hunger’ manakala suami pula ‘Afezdean’.

“Walaupun berada dalam ‘clan’ yang sama, kami tidak bertegur sapa sehinggalah saya meminta bantuan ahli untuk memberikan ‘naga’ bagi melancarkan serangan terhadap musuh, malangnya diberi toyol oleh suami,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Anak bongsu daripada 14 beradik itu berkata, pada mulanya peristiwa itu membuatkan dia marah kerana permintaan tidak dipenuhi.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, ketua ‘clan’ mewujudkan kumpulan WhatsApp menyebabkan mereka semakin mengenali antara satu sama lain.

“Pada masa itu, kami sering mengejek antara satu sama lain kerana sikapnya yang gemar mengusik sehinggalah dia memohon maaf menerusi mesej peribadi,” katanya.

Sejak itu, Nurul Ezzaty berkata, mereka mula mengenali hati budi masing-masing selama kira-kira tiga bulan dan selepas itu Muhammad Hafezdin mengambil keputusan untuk merisik sebelum mereka dinikahkan pada 22 November lalu.

pasangan-coc

“Bagi saya, jodoh sememangnya sudah ditentukan Allah dan COC hanya sebagai ‘asbab’ saja, mungkin sudah tertulis cara perkenalan kami begitu,” katanya.

Kami di Vocket mengucapkan tahniah kepada pasangan Clash of Clans ini. Teruskan bermain COC.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber