Emas sememangnya menjadi kegilaan kaum wanita bukan sahaja sebagai perhiasan bahkan juga menjadi sebagai aset untuk masa hadapan. Pembeli emas sepatutnya mahir dalam pengiraan harga baik dari segi harga per gram dan kos upah emas untuk membandingkan harga sebelum membeli.

Terbaharu melalui perkongsian seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Puan Anis Arianti Ariffin yang mendedahkan penipuan harga emas di salah sebuah kedai emas di Tesco Mergong Alor Setar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari pembacaan respon pembaca di ruang komen, Puan Anis bukanlah yang pertama menghadapi pengalaman buruk di kedai emas Ayti Jewels tersebut bahkan sebelum ini kedai tersebut memang terkenal dengan layan buruk kepada pelanggan. Berikut merupakan antara komen para netizen yang pernah membeli di kedai emas Ayti Jewels.

Screenshot 2018-11-19 at 3.25.34 PM

Screenshot 2018-11-19 at 3.25.58 PM

Screenshot 2018-11-19 at 3.27.02 PM

Post tersebut dimulakan yang menceritakan pada mulanya Puan Anis sepatutnya mencari keperluan untuk menyambut hari kelahiran anaknya yang ke-21. Namun begitu beliau tertarik dengan tawaran harga emas serendah RM151 per gram, jelas sekali jauh lebih murah berbanding harga semasa. Berbekalkan pengetahuan dalam perniagaan jual beli emas yang diusahakan keluarganya, beliau berasa harga tersebut sangat berpatutan dan berkenan untuk membeli barang kemas di situ.

Sebaik sahaja beliau masuk ke premis tersebut, beliau agak gembira melihat ramai pelanggan berbangsa Melayu menunjukkan mereka menyokong perniagaan tersebut akan tetapi beliau berasa ada sesuatu yang tidak betul di kedai tersebut. Namun dengan pengetahuan selok belok perniagaan emas, beliau berasa agak selamat. Puan Anis meminta pekerja di situ untuk mengira harga seutas gelang dengan rekaam yang memang dicari selama ini.

Berat gelang tersebut ialah 21 gram, jika mengikut kiraan beliau sendiri harga seutas gelang itu tidak akan melebihi RM4000. Setelah dikira pekerja tersebut menyebutkan harga melebihi RM4200 menyebabkan Puan Anis mula tertanya-tanya memandangkan harga yang terpampang hanya RM151 segram.

Pekerja tersebut menjawab harga itu hanyalah untuk ahli yang sudah mendaftar dengan yuran RM30, jika pembeli yang tidak mendaftar harga segram emas akan menjadi RM154. Mengikut kiraan Puan Anis jika yuran keahlian itu masih dikira murah jika beliau akan mendapatkan harga RM151 segram.

Tetapi jika tidak mendaftar keahlian sekalipun harga emas itu sepatutnya hanya berharga bersamaan 21 gram (berat gelang emas) x RM154 (nilai emas per gram)= RM3234 tidak termasuk upah. Jika ditolak dengan harga yang diberikan oleh pekerja, nilai upah ialah RM780. Sangat tidak masuk akal.

Pada label yang tertera di gelang tersebut WS (Workmanship/upah) hanyalah RM380 menjadikan nilai upah yang diberikan oleh pekerja itu melonjak sehingga RM400. Melihatkan pekerja tersebut tidak mampu menjawab apa-apa, seorang pekerja yang dipercayai sebagai pengurus atau pemilik kedai tersebut turut ikut campur pantas menjawab dengan nada yang agak kurang ajar, sejak bila tanda ‘WS’ bermaksud harga upah dan jika dia ingin meletakkan harga upah dan barangan setinggi RM1 juta pun, itu hak mereka sebagai penjual.

Suasana sudah mula berubah menjadi agak tegang. Puan Anis yang terkejut dan agak tersinggung dengan jawapan tersebut terus sahaja menegur perangai sombong penjual tetapi beliau mengetepikan hal tersebut kerana memikirkan tawaran harga murah berbanding harga pasaran semasa.

Puan Anis yang belum berputus asa kembali bertanya kepada pekerja pertama jika mereka boleh memberikannya diskaun tetapi wanita yang dianggap pemilik atau pengurus itu yang menjawab dengan kasar tidak perlu bertanya harga jika tidak membeli.

Berikut merupakan formula untuk menentukan harga emas dan beberapa tips daripada Puan Anis.

Berat barang x harga emas yg ditawarkan + harga upah = harga barang

Tips membeli emas

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Kedai Emas 916 Adila

1. Selalunya harga emas sememangnya tetap namun harga upah boleh berubah
2. Bisnes emas tidak memberi untung banyak pada harga emas tapi keuntungan boleh berubah mengikut kadar upah
3. Purata harga upah setiap barang kemas adalah RM5 hingga RM15 per gram bergantung pada corak rekaan. Contohnya jika Oraitalia Habib Jewel, harga purata upah adalah RM20 hingga RM30 per gram jadi kalau habib bagi diskaun RM10, jumlah harga barang akan menjadi kira-kira RM195 hingga RM210 per gram. Purata harga upah untuk emas tempatan pula RM5 hingga RM12 sahaja per gram.

Kategori kedai selamat yang layak dikira harga patut

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Kedai Emas DuaLogam Merlimau

 

1. Menjual emas tiada upah

Kedai yang menawarkan harga semasa tapi tidak mengenakan upah adalah dikira kedai harga patut. Contohnya harga semasa bagi satu gram emas adalah RM183. Sekiranya harga bagi seutas rantai tangan seberat 10gram bernilai RM1830, anda boleh beli, tidak terlalu murah tapi masih dikategorikan murah sebab tiada upah harga patut dalam keadaan ekonomi sekarang.

2. Menjual emas diskaun RM10 per gram dan mengenakan upah purata RM10 hingga RM12 per gram

Harga emas Ditawarkan RM173, harga semasa RM183
Kedai A- berat seutas rantai tangan 10 gram x RM173 + Upah RM100 = RM1830
Kedai B- berat seutas rantai tangan 10 gram X RM173 + upah RM50 = RM1780

Untuk harga penjualan ini, ianya dikira sebagai murah (harga purata per gram RM178, kurang daripada RM183 (harga semasa) kedai ini di klasifikasikan sebagai kedai yang jual murah.

3. Menjual emas RM151, harga semasa RM183

Kedai A- berat seutas rantai tangan 10 gram x RM151 + upah RM700 = RM2210 (AYTI JEWEL Tesco Mergong Alor setar)

Kedai B- berat seutas rantai tangan 10 gram x RM151 + upah RM200 = RM1710
*Harga masuk akal sebab harga purata per gram RM171, anda boleh klasifikasikan kedai tersebut murah manakala AYTI Jewel menawarkan harga purata RM221 per gram itu sangat melampau!

Post ini diakhiri dengan pesanan buat pembeli di luar sana agar berhati-hati dan bijak memilih kedai emas yang menawarkan harga berpatutan.

Sumber