Ketua Pegawai Kewangan ECK Puan Sri Ginnew Chew melalui laman Facebooknya memuat naik satu gambar Ramon Marcote bersama sama caption yang beliau memerlukan 25,000 likes untuk membawa cadangan mengambil Marcote sebagai jurulatih ke pihak atasan pasukan Kedah.

Ramon Marcote merupakan bekas jurulatih kecergasan pasukan Kedah pada musim 2015 dan sekarang sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (Phd) dalam bidang sains sukan di Madrid. Beliau diberitakan sedia kembali ke Kedah sekiranya dipanggil untuk mengisi jawatan berkenaan. Apa pandangan peminat Kedah tentang usaha penaja utama Kedah ini untuk membawa Marcote kembali?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →