Semalam tular di media sosial terutamanya di laman Facebook berkenaan satu video yang merakam ‘aksi’ perempuan berpakaian kebaya merah yang berjalan seorang diri di tengah malam. Yang jadi seram tentang video ini adalah tidak terlihat wajah perempuan berkebaya ini dan betapa cepatnya beliau berjalan.

Ramai yang mula membuat konspirasi sendiri menyatakan pendapat sendiri mengenai video yag dirakam melalui kamera dashcam ini. Ada yang kata ianya jalan yang memang menyeramkan di Kulim, Kedah. Ada pula yang kata ianya jalan di Grik,Perak. Bermacam-macam lagi andaian yang dibuat.

Secara kebetulan,sebuah filem tempatan ‘The Legend Of Pontianak’ akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Watak utama filem ini, Fazura juga dilihat turut menyarungkan baju kebaya merah di dalam filem ini.

Jika ianya betul gimik untuk filem ini, bagi saya ianya gimik yang hebat. Dipadankan pula dengan gaya rakaman video Blair With Project, menambahkan lagi keseraman dan rasa ingin tahu sesiapa sahaja yang menonton video ini.

Sekarang sudah ramai yang aware akan filem The Legend Of Pontianak ini. Fazura pun nampak cantik betul dalam filem ini. Apa pula teori konspirasi anda tentang video ini?