Sebelum ini kita pernah lihat perkelahian antara pasangan kekasih atau suami isteri gara-gara media sosial. Ia turut berlaku di Malaysia apabila pasangan dapat tangkap aktiviti pasangannya yang mencurigakan di media sosial. Namun, kali ini agak pelik dan epik kerana pergaduhan di antara pasangan ini melibatkan ikan paus! Ya, ikan paus yang dikategorikan sebagai mamalia itu.

Ia bermula apabila @dude_marc telah memuji seekor ikan paus di akaun Instagram @natgeo.

ig1

@taylor310 yang dipercayai kekasih @dude_marc telah melihat komen itu dan menulis komen yang bernada berang. @dude_marc tidak menyangka kehadiran kekasihnya disitu.

ig2

@taylor310 mula menyoal sama ada kekasihnya mengenali ikan paus itu. Kami pasti anda pelik dengan soalan tersebut. Begitu juga @dude_marc.

ig3

@taylor310 menyatakan dia tahu apa yang telah dilakukan oleh kekasihnya itu. @dude_marc rasa tidak salah dia menyukai gambar ikan paus itu.

ig4

Disebabkan itu @taylor310 mengamuk dan menyatakan dia sudah tahu kecurangan kekasihnya itu. @dude_marc pula memarahi kekasihnya kerana menuduh dia curang dengan ikan paus. Dia kata kekasihnya gila dan dia tidak mahu kekasihnya itu mencampuri urusan dia di media sosial.

Aduhai! Macam-macam perangai pasangan bercinta ini. Kita yang membaca ini pun turut pening dengan pergaduhan mereka ini.

ig5

Pergaduhan makin hangat!

ig6

@taylor310 masih bengang. Manakala @dude_marc cuba menjelaskan keadaan sebenar dan mahu bersemuka untuk selesaikan kekusutan ini. Nampaknya @taylor310 boleh menerima kata-kata kekasihnya itu.

Keadaan kembali sejuk.

ig7

Oh tidak! “Ikan paus” telah mencelah di dalam pergaduhan antara @taylor310 dan @dude_marc yang baru reda tadi!

ig8

He just got busted! Nampaknya @dude_marc akan kembali solo.

Ada satu perkara yang lelaki perlu tahu tentang perempuan. Jika perempuan bertanya soalan kepada lelaki terutamanya melibatkan syak wasangka berkaitan wanita lain, dia sebenarnya sudah ada jawapan atau tahu sesuatu tentang itu. Dia tanya lelaki hanya untuk dapatkan kepastian dan untuk lihat sama ada lelaki itu jujur atau tidak dengannya.

Betul ke tidak?

Sumber: Fortafymedia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram