Jika tahun lalu ada yang kena tumbuk kerana kasut, peristiwa yang hampir sama berlaku semalam.

Kejadian ini berlaku di Singapura ketika pelancaran kasut Hu NMD Trail Pharrell ‘Blank Canvas’. Mungkin kerana tidak puas hati, seorang lelaki tunjuk perasaan kepada pengawal yang sedang bertugas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

nmd hu trail
adidas Hu NMD Trail ‘Blank Canvas’

Siri kasut ‘Hu’ ini mempunyai mesej yang mendalam sebenarnya. Konsep ‘Human Race’ yang ingin disampaikan Pharrell ini adalah untuk masyarakat pelbagai latar belakang dapat bersama-sama hidup aman tanpa mengira bangsa dan agama. Namun individu ini nyata tidak mendapat mesej yang cuba disampaikan Pharrell.

Ketegangan yang berlaku mungkin disebabkan kasut ini yang mempunyai harga resell tinggi dan ada yang sanggup bermalam semata-mata untuk membeli kasut ini. Sejak adanya golongan resellers ini, pengumpul setia kasut tidak lagi berpeluang untuk membeli kasut kegemaran pada harga yang masuk akal. Ada yang sempat beli mana-mana kasut yang dilancarkan semalam dan hari ini?