Lazimnya apabila kita fikir tentang bisnes, kita fikir modal besar dengan risiko yang besar juga.

Dengan sedikit idea kreatif, kita boleh terlibat dalam bisnes, dengan modal rendah, dan boleh juga jadi percuma.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1b

Puan Zuraida Noordin, seorang usahawan dan konsultan prinsipal di KAMI (Kemahiran Asas Matematik Integrasi), dalam facebooknya menyebut satu idea mudah menjana pendapatan.

Ikuti penulisannya di bawah ini:

Senangnya rasa di hati apabila buka sahaja almari, semua baju dan seluar sudah rapi digosok.

Kadar upah menggosok di kedai-kedai dobi ialah RM1 sehelai.

Seandainya seorang surirumah menggambil upah menggosok pakaian jiran dengan kadar yang sama, sehari ada 30 helai, sebulan?

30 helai x RM1 x 26 hari = RM780

Tolak kos elektrik katakanlah RM80

Jumlah bersih – RM700

Dan apabila wang tersebut hanya untuk dibuat sebagai simpanan;

RM700 x 12 bulan = RM8,400

Wah!!! Tiap-tiap tahun boleh pergi Ostolia!

Modal : Sebuah seterika hadiah ketika majlis perkahwinan
Ini baru betul ‘Iron Lady’

———————————————————————–
Mudah, kan?

Kami berharap entri kali ini bermanfaat dan kami mendoakan maju jaya buat pembaca-pembaca The Vocket semua.

Kredit: Puan Zuraida Noordin, dengan izin