Pameran inovasi, teknologi dan kreativiti #mydigitalmaker Fair 2017 ini berlangsung dengan jayanya pada 16 dan 17 September lalu. #mydigitalmaker menyaksikan penyertaan dari sekolah serata Malaysia serta agensi dan syarikat yang kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa dalam bidang digital.

Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) telah merasmikan #mydigitalmaker ini pada Ogos tahun lalu dan visinya untuk mentransformasikan anak muda Malaysia daripada sekadar menjadi pengguna digital kepada pelopor dalam bidang digital. #mydigitalmaker Fair 2017 juga bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai, terutamanya para pelajar, pendidik dan ibu bapa untuk belajar dan mengenal dunia teknologi yang semakin berubah. Mereka juga perlu tahu bahawa bidang digital ini semakin penting di masa akan datang dan merupakan cabang ekonomi dan pekerjaan yang mungkin ramai tidak tahu.

mdec4

Mdec2
Antara aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar dan pengunjung

Acara yang dianjurkan bersama Festival Sains Petrosains 2017 ini nyata menarik sangat ramai pengunjung terutamanya pelajar sekolah rendah dan menengah. Para pengunjung yang hadir didedahkan dengan pelbagai acara menarik serta aktiviti yang mereka boleh cuba sendiri.

Pameran yang bercirikan elemen teknologi digital seperti robotik, pencetakan-3D, augmented reality (AR), realiti maya (VR) dan analisis data yang diadakan juga dapat mendedahkan para pelajar kepada peluang kerjaya dalam dunia teknologi digital daripada syarikat gergasi teknologi terkenal serta menawarkan peluang kepada pelajar untuk belajar di institusi akademik yang bekerjasama dengan #mydigitalmaker Fair 2017.

Inisiatif #mydigitalmaker ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pakar tempatan dalam bidang digital yang mampu membangunkan lagi bidang ini di dalam dan luar negara. Di bawah adalah recap dua hari #mydigitalmaker Fair 2017 berlansung dan baru anda tahu betapa fun-nya #myditalmaker Fair tahun ini. Jumpa lagi tahun hadapan!

mdec3