Ditakdirkan dalam perjalanan saya ke lab untuk mesyuarat, seorang pakcik tegur saya.

Pakcik ini tak boleh berbahasa Korea mahupun Inggeris, hanya boleh berbahasa Cina.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pakcik sesat

Berdasarkan apa yang dikatanya saya boleh faham satu perkataan sahaja “Sungkyunkwan” (nama universiti saya) sambil menunjukkan gambar keluarganya dan pasport Chinanya.

Jadi saya buat andaian pakcik ini sesat dan cari anaknya yang belajar di SKK.

Kelihatan juga pakcik ini sedang memegang beg plastik hitam penuh makanan barang dapur yang baru dibeli.

Jadi, menguatkan lagi hipotesis yang pakcik ini sesat tak tahu jalan balik lepas beli barang dapur.

Diberinya nombor telefon (mungkin nombor anaknya) dan saya cuba menelefon tetapi salah nombor (orang Korea).

Hanya pandai cakap Cina

Jadi pening kepala tak faham dia kata apa, carilah orang yang boleh berbahasa Cina. Siap telefon 120 Dasan Center (khidmat penterjemah).

Dengan bahasa Korea yang berterabur, saya terangkan pasal pakcik itu dan minta orang yang boleh berbahasa Cina tolong terjemahkan apa yang dikatakan oleh pakcik.

Tapi hampeh , katanya orang yang berbahasa Cina tak ada.

Kemudian baru teringat ada kawan yang boleh berbahasa Cina, minta tolong dia terjemahkan apa yang pakcik tu katakan.

Yup pakcik tu memang hilang, cari rumah anaknya.

Dia minta dibawa semula ke tempat yang asal sebelum saya bawanya ke situ.

Sebenarnya, ada orang lain bawa dia ke situ masa minta tolong, kemudian tinggal kot, sebab saya tak bawa dia ke mana-mana pun haha.

Bawa ke balai

Buntu, saya minta tolong kawan tolong tanyakan pakcik tu OK ke kalau saya bawa ke balai polis, mungkin mereka boleh tolong. Pakcik pun setuju.

Setibanya di balai polis, dengan Bahasa Korea yang berterabur saya terangkan pasal pakcik, emm hampeh siap kena marah lagi.

“Kenapa bawa pakcik tu pergi balai, orang tak kenal kenapa nak tolong? Tinggal je situ.”

Nak je lempang bertubi-tubi polis tu. Kalau ayah kau melancong pergi Eropah sesat tak tahu Inggeris, tak ada siapa nak tolong, padan muka kau. Haha.

Mungkin dia ingat pakcik ni gelandangan. Tapi pakai smart, bawa pasport, beli barang dapur, orang buta hati je ingat homeless.

Tiba-tiba datang seorang pegawai polis pandai berbahasa Cina. Dia cakap dengan pakcik tu dan suruh saya balik dulu.

Kawan lab sudah bertanya-tanya, jadi saya tinggalkan pakcik di balai polis, ada pegawai yang pandai cakap Cina OK lah kot.

Sibuk kerja

Dipendekkan cerita, saya pun berangkatlah ke mesyuarat. Selepas mesyuarat, terus pergi ke factory learning untuk 3d print bahagian yang kena cetak.

Ambil masa 3 jam untuk satu bahagian, jadi saya ambil keputusan balik rumah dulu untuk solat sementara tunggu siap.

Terjumpa pakcik lagi

Dalam perjalanan balik, pakcik tu ada lagi. Pakcik sudah mengigil sejuk, mungkin sudah lama di situ.

Saya pun tanya macam mana, geleng kepala. Muka sedih si pakcik kerana polis tak nak tolong.

Aku dah agak dah! Bengang jugalah dengan polis Korea.

Mujur

Saya tengok balik barang-barang dia.

Ditakdirkan ada e-mail pada gambar keluarga. Saya e-mail, tak sampai seminit, ada balasan, minta suruh telefon.

Saya tekan nombornya dan beri pada pakcik. Pakcik bercakap, dan apabila habis, pakcik dengan hingus meleleh peluk saya sambil ucap terima kasih.

10 minit kemudian anaknya sampai. Berlari macam drama haha.

Kesimpulan

Jadi kesimpulannya yang nak bawa ibu bapa pergi Korea, tulislah siap-siap.

Nombor telefon, alamat, e-mail – semua maklumat yang penting.

Polis Korea bukan boleh diharap sangat. Indah khabar dari rupa.

Bukan semualah, ada yang baik. Dan pesan terakhir, dah-dahlah dengan K-pop tu.