Ini susulan kepada isu pentadbir kumpulan WhatsApp boleh didakwa dan dipenjara agar berita palsu tidak disebarluaskan menerusi aplikasi pesanan. Ia adalah satu panduan khusus oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) buat pentadbir kumpulan yang menggunakan apa jua jenis platform digital.

Diulang kembali 4 perkara yang boleh menyebabkan seseorang didakwa iaitu:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
  1. Sebar maklumat palsu sehingga menggugat keselamatan negara.
  2. Sebar maklumat berunsur fitnah atau tidak sahih.
  3. Melakukan penipuan.
  4. Pendedahan komunikasi yang dilarang di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Maka, peringatan yang dikeluarkan oleh SKMM di bawah ini adalah satu usaha bagi mengekang 4 perkara tersebut daripada berlaku.

Pentadbir kumpulan patut:

  1. Maklumkan kepada semua ahli kumpulan, sebab utama kumpulan aplikasi pesanan diwujudkan dan memikirkan samada peraturan asas diperlukan.
  2. Prihatin terhadap peraturan/syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform.
  3. Menegur posting/komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul.
  4. Sentiasa semak posting/komen (dengan seorang moderator, jika boleh.
  5. Mempertimbangkan untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting/komen jelik.
  6. Bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan.

Pentadbir kumpulan tidak patut:

  1. Menjadi pentadbir yang tidak aktif/senyap.
  2. Melanggar standard komuniti/garis panduan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform (contohnya Facebook, WhatsApp, Telegram).
  3. Menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap posting/komen yang jelik.
  4. Membenarkan perbincangan keluar daripada topik.
  5. Takut untuk bertegas dengan troll atau dengan individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas.
  6. Menganggu/menghalang siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.

Anda boleh lihat poster penuh berkenaan ini di sini: MCMC