Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan bermula 15 April sehingga 28 April 2020, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan sebentar tadi.

Beliau menjelaskan pelanjutan tempoh berkenaan dibuat selepas perbincangan dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan perlu dilanjutkan tempoh PKP ini bagi menjamin keselamatan dan memutuskan rantaian COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelanjutan ini adalah sebagai persediaan untuk menangani COVID-19 secara lebih efektif dan petugas perubatan dapat lebih bersedia dan mengawal kes COVID-19.

Sesi persekolahan juga turut akan ditangguhkan sehingga keadaan benar-benar pulih. Home Base Learning akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak lama lagi supaya pelajar dapat belajar dari rumah.

Muhyiddin terus menasihatkan rakyat supaya bersedia secara mental dan fizikal untuk terus duduk diam-diam di rumah bagi tempoh 2 minggu lagi. Sama-sama kita berusaha keras supaya kita dapat menangani COVID-19 ini dengan jayanya.

Berikut adalah berita COVID-19 terkini yang berlaku dalam negara. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tidak Puas Hati Kena PKPD, Warga Asing Didakwa Lempar Objek Kepada Petugas Keselamatan

Kadar Kematian Akibat COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terendah Di Dunia

Seorang Demi Seorang Rombongan Penggambaran Drama Di Scotland Disahkan Positif COVID-19