Buat peminat filem mahupun animasi Star Wars, ada berita baik untuk anda. Kalau selalu kita lihat droids dalam filem ini mahir membaiki kenderaan, boleh menerbangkan jet pejuang dan mampu menyelamatkan Jedi Masters dan pasukan pemberontak ketika berada di dalam bahaya. Kini, R2-D2 dan BB-8 boleh menyediakan makan malam untuk anda.

Baru-baru ini jenama Instant Pot baru sahaja mengumumkan koleksi periuk nasi eksklusif yang bertemakan watak-watak dari filem Star Wars seperti R2-D2, BB-8, Darth Vader dan banyak lagi. Terdapat 5 jenis model kesemuanya untuk koleksi terbaru hasil dari kolaborasi diantara Instant Pot dan Williams Sonoma ini.

Setiap set ini direka berdasarkan watak-watak ikonik dalam francais ini. Sebagai contohnya, periuk nasi Darth Vader ini diwarnakan dengan warna hitam pekat dan sedikit berkilat untuk menampakkan seakan baju perisai sisi gelap Anakin Skywalker itu. Di bahagian sisi, diletakkan grafik ikonik topeng Darth Vader dan Death Star yang dihiasi dengan warna perak.

Harga yang ditawarkan bermula pada tanda harga USD80 (~RM333.92) hingga USD120 (~RM500.88) mengikut variasi saiz yang berbeza. Saiz yang paling kecil ialah BB-8 iaitu berukuran 3 liter manakala saiz yang paling besar ialah periuk nasi edisi Chewbacca yang berukuran 8 liter.

Sumber: William Sonoma
Sumber: William Sonoma
Sumber: William Sonoma

Seperti periuk nasi biasa, periuk nasi versi Star Wars ini mempunyai fungsi biasa seperti memasak nasi, sautéing, membuat yogurt dan didatangkan dengan fungsi pemanasan. Setiap model turut didatangkan dengan resepi yang bertemakan Star Wars untuk anda cuba sendiri di rumah.

Koleksi periuk nasi Star Wars kini boleh pra-tempahan secara eksklusif di laman web Williams Sonoma. Manakala, periuk nasi ini akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Disember ini di Amerika Syarikat.

Dikepilkan beberapa artikel yang berkaitan koleksi khas yang mungkin menarik perhatian anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

https://www.thevocket.com/prada-dan-adidas-bentangkan-hasil-pertama-koleksi-edisi-terhad/

G-Shock Berkolaborasi Dengan Transformers Perkenalkan Koleksi Edisi Khas

Pa’din Musa Pilih Tikar Mengkuang Untuk Koleksi Edisi Khas Sempena ‘Vans Checkered Day’