Pernahkah anda risau dengan keselamatan famili yang tersayang apabila menggunakan perkhidmatan Uber lebih-lebih lagi di waktu malam yang sunyi? Uber nampaknya cakna dengan masalah ini dengan memperkenalkan fungsi terbaru dimana membolehkan famili anda mengetahui destinasi dan dimana anda berada semasa menggunakan Uber. Terbaik bukan?

Fungsi terbaru yang dilengkapi dengan fungsi Family Profile membolehkan family atau rakan terdekat anda mendapatkan akses perjalanan anda semasa menggunakan Uber. Buat anda yang merasakan fungsi ini melanggar privasi anda, anda tidak perlu risau, tatapan ini boleh diupah didalam aplikasi Uber.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

FamilyTripTracker.0

Berikut merupakan bagaimana fungsi terbaru ini berfungsi:

  1. Pastikan anda mempunyai aplikasi Uber dengan kemaskini terbaru
  2. Aktifkan Family Profile
  3. Anda akan menerima notifikasi secara automatik sejurus famili anda menggunakan perkhidmatan Uber.
  4. Anda juga bakal mengetahui jalan yang digunakan oleh pemandu Uber secara live
  5. E-mail bagi kos perjalanan menggunakan Uber bakal diterima bagi setiap ahli famili.

Adakah dengan adanya fungsi terbaru ini, anda tidak lagi perlu paranoid atau membiarkan anak anda menggunakan perkhidmatan Uber?