Pernah terfikir untuk menyambung pelajaran tetapi tidak berpeluang dan  terpaksa melupakan hasrat kerana tidak mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan? Jangan risau kerana Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kini boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Bagaimana hendak sambung belajar jika tiada kelayakan akademik dan hanya mempunyai pengalaman kerja sahaja?

Di sini lah sijil Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau secara ringkasnya APEL dapat membantu anda yang tidak mempunyai kelayakan formal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Contohnya mereka yang hanya mempunyai sijil UPSR dan PMR tetapi masih boleh melanjutkan peringkat ke universiti atau mana-mana instituti pengajian tinggi (IPT) yang dikehendaki.

Secara mudahnya, mereka yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia juga kini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“MQA ada menyediakan ruang dan laluan bagi mereka yang sedang bekerja dan tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya tetapi ingin menyambung pelajaran.

“Apa yang saya maksudkan ialah sistem Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau (Accreditation Of Prior Experiential Learning – APEL).

“Ini satu usaha dalam menyokong usaha pembelajaran sepanjang hayat,” jelas Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia.

photo_2020-11-30_14-51-28
Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Dr Husaini Omar

Buat anda yang kurang jelas, APEL ini adalah merupakan satu proses penilaian terhadap pembelajaran terkumpul yang diperoleh oleh seseorang sama ada menerusi pembelajaran formal dan tidak formal.

Pembelajaran tidak formal ini termasuklah pengalaman kerja yang dimiliki dalam sesuatu bidang yang kemudiannya akan dinilai oleh pihak MQA dan menentukan sama ada pemohon yang berminat untuk APEL ini boleh mendapatkan pengiktirafan.

Selepas permohonan mereka diluluskan dan melepasi ujian yang akan diadakan, pemohon-pemohon ini kemudiannya akan dibenarkan menyambung pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi yang tersedia melalui pengiktirafan yang diterima melalui APEL ini.

“Umumnya proses APEL melibatkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman.

“Pembelajaran ini boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termasuk persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja sukarela, hobi dan lain-lain,” tambahnya lagi.

Siapa yang boleh memohon APEL ini dan melanjutkan pelajaran?

Sekiranya berminat untuk memasuki program menerusi APEL, anda haruslah;

    • Berstatus warga negara Malaysia
    • Minimum 19 tahun bagi peringkat Sijil, minimum 20 tahun bagi peringkat Diploma, minimum berumur 21 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 30 tahun ke atas bagi peringkat Ijazah Sarjana; serta
    • Lulus dalam penilaian yang akan dijalankan oleh MQA iaitu menerusi penilaian Portfolio dan Aptitude Test.

Menerusi temu bual yang diadakan bersama media, baru-baru ini,  Prof Datuk Dr Husaini Omar juga menjelaskan sehingga kini mereka telah mencatatkan sehingga  19,348 permohonan dengan 4,007 daripadanya telah diluluskan.

Jadi kepada anda yang berminat dengan program yang ditawarkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih belum jelas bagaimana proses ini berlaku, mungkin video penjelasan di bawah ini boleh membantu.

Permohonan penilaian APEL hendaklah dibuat oleh individu (learners). Pada ketika ini, MQA memberi ruang bagi memasuki sistem ini di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Masters).

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai program usaha sama terbaru antara KPT dan MEDAC dalam melahirkan Siswapreneur melalui pautan di bawah.

Pelajar IPT Kini Berpeluang Menjadi ‘Siswapreneur’ Dengan Pembiayaan Mikro Kredit

10 Universiti Tempatan Dalam Kelompok 110 Terbaik Asia, Universiti Malaya Di Tangga Ke-9

Bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia Hadapi Cabaran COVID-19 Dengan Penuh Profesional