Mula dinantikan orang ramai sejak semalam, rakyat Malaysia nampaknya menerima khabar baik menerusi pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini apabila perjalanan merentas negeri telah dibenarkan bermula 10 Jun ini.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan sebelum ini turut digantikan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini sehingga 31 Ogos sebagai usaha untuk memutuskan rangkaian COVID-19.

Seterusnya Malaysia bakal melalui fasa normalisasi sehingga vaksin COVID-19 ditemui. Sepanjang PKPP berlangsung, sekiranya terdapat daerah yang menunjukkan peningkatan kes, tindakan selanjutnya bakal diambil bagi mengelakkan daripada wabak ini terus menular.

Dalam pada itu, selain dapat pulang ke kampung, orang ramai juga sudah mulai berpeluang untuk melancong dalam negara akan tetapi melancong luar negara masih belum dibenarkan.

Jumaat lalu, PAS My30 dan kredit e-Wallet sebanyak RM50 telah diumumkan oleh kerajaan. Baca lagi di sini.

Pas My30 Serendah RM1 Sehari Dan Kredit ‘e-Wallet’ RM50 Oleh Kerajaan Jadi Tumpuan Netizen

Ini Anggaran Harga Kereta Selepas Kerajaan Mansuhkan Cukai Jualan Kereta 100%