Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media yang berlangsung petang tadi mengumumkan tiada sekatan untuk orang ramai melakukan perjalanan rentas negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu ini.

Keputusan untuk mengetahui sama ada perjalanan rentas negeri itu sebelum ini menjadi tanda tanya dalam kalangan orang ramai selepas dilihat berlaku peningkatan angka kes positif COVID-19 di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebimbangan tersebut bagaimanapun berakhir dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi apabila pihak kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri dan pada masa mengumumkan saranan prosedur operasi standard untuk dipatuhi hari raya nanti.

Mengulas mengenai SOP, Ismail Sabri berkata selepas menyemak semula dan mengambil kira risiko jangkitan COVID-19, pihak kerajaan menyarankan beberapa perkara penting untuk dipatuhi seperti bilangan haiwan korban yang dibenarkan di sesuatu tempat serta had tetamu untuk aktiviti ziarah.

Bukan sahaja bilangan haiwan yang disembelih dihadkan kepada 10 ekor namun beliau turut mengingatkan nisbah mereka yang boleh menguruskan setiap haiwan yang disembelih hanya terhad kepada 20 orang.

Selain itu, ibadah korban tahun ini pula dibenarkan untuk diadakan selama empat hari bermula daripada hari raya pertama pada Jumaat sehingga hari raya keempat dengan sembelihan disarankan untuk dilakukan di pusat penyembelihan milik kerajaan atau pun swasta.

Keputusan tersebut sudah pastinya melegakan memandangkan sambutan hari raya Aidilifitri yang lalu menyaksikan tiada perjalanan rentas negeri dibenarkan. Imbas kembali memori tersebut seperti kami kongsikan sebelum ini dengan membaca pautan di bawah.Β 

PM Umum Tiada ‘Balik Kampung’ Untuk Tahun Ini

PKPB Disambung 4 Minggu Lagi, Tiada Perjalanan Rentas Negeri Balik Kampung Dibenarkan

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Setelah Cuba Rentas Negeri Untuk Balik Kampung